Salam Isnin.
yep..sekali lagi saya bercuti di hari Isnin..reason why,kerana sepupu saya yang diceritakan dalam entry ini telah kembali ke rahamtullah semalam.
kami harus gerak ke JB dari Nilai malam td jugak sebab abah Tomot got an important task to be settled by today.mama tinggal sane, memberi sokongan and ape yang patut.so harini Tomot ummi kene jage.
arwah meninggalkan keluarganya di dalam tidur.walaupun menanggung kesakitan selama hampir 2 tahun,akhirnya dia pergi dengan tenang.
hati saya merasa hiba tatkala melihat wajah maklong dan paklong..saya faham,itulah satu-satunya anak perempuan mereka..dan itula anak bongsu kesayangan ayah dan maknya.
..saya tak sangka,perjumpaan keluarga kami dalam entry saya bertarikh 17 Februari merupakan kali terakhir kami berjumpa arwah..dia nampak sangat lemah..tapi dia tetap orang yang akan memberi komen positif pada resipi saya..mungkin selepas ini kalau saya buat cheesy wedges,pesanan arwah supaya jangan ganti sour cream dengan yogurt akan saya ingat sampai bile2.oh ye,arwah adalah pelajar jurusan kulinari..so setiap kali dia datang saya akan masak special sikit untuk terima komen dari die..
adik saya,Faezah juga orang yang sangat rapat dengan arwah,dia terus cari tiket dari Kuala Terengganu semalam.mereka sebaya dan boleh dikatakan sahabat sehati sejiwa..Ijah lebih rapat dengan arwah berbanding kami..dan saya tau die sangat sedih..
kami semua sedih.
namun redha dengan pemergian Nur Atiqah Zulkifli..
bersemadi dengan tenang dik,kak dila tahu..tempatmu adalah yang teristiemewa di sana,kerana kau adalah anak yang sangat baik..
kami akan merinduimu..
dan air mata ini bergenang lagi..........
9 comments:
Innalillah... semoga rohnya dicucuri rahmat Yang Maha Esa
alfatihah......
Al Fatihah untuk roh Arwah. Semoga dia ditempatkan bersama golongan mukmin yang lain dan dia bahagia di Jannah.
Alfatihah..smg dia tenang disana..amin..takziah yer..
to all~ terima kasih banyak2..sedangkan saya sama sepupu terase sangat kehilangan..apatah lagi mak dan ayah dia...
kita doakan juga....
Alfatihah..semoga roh beliau tenang bersemadi di sana... Amin...
Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return,
salamm,
takziah.. al fatihah kpd arwah.
Post a Comment