i found myself trapped!!! i love to be a housewife, but i live in a body of career woman.. i decided to be both =)
Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts
Saturday, 27 March 2010
ikan patin masak asam dan sambal udang sempoi
Salam semua..
haih..kejaaaaap je dah petang Sabtu.pagi tadi saya duty konvo sebenarnya,harini half day,esok 1full day..
anak ngan bapak dah hanyut berselubung dalam aircond..amboi2..I taula sekarang cuace panas..
Tapi saya pulak tak reti tidur petang kekdahnya..so tekebil2 la sorg hadap pc petang2 nih.
Jom kite main masak-masak nak? (saya selalu cakap ngn Tomot, "jom kite main isap2 susu nak?" kalu time die asik nak tengok tv or sepahkan umah)
Lauk patin masak asam ni kegemaran abah Tomot.paling senang membuatnye..janji dapat ikan patin segar.
Dan lauk sambal udang tu saya yang pemalas ni paling suke,sebab saya dah siap2 blend sume cili..time nak msk,bawang tu sume saya hiris jer..hihih..
ok..jom tengok care membuatnye..
IKAN PATIN MASAK ASAM
Beberapa potong ikan patin
1 inci kunyit hidup*
6-7 biji cili padi*
Asam keping
Belacan*
Tumbuk bahan bertanda *
Masukkan ikan ke dalam periuk,masukkan bahan tumbuk,masukkan air sampai menenggelamkan ikan,asam keping,gula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
rebuskan,biar sehingga menggelegak..lebih kurang 15-20 minit.
~tak perlu dibalik2kan,kerana ikan pasti masak
~cili padi yang diguna bergantung pada tahap kepedasan masing-masing
~belacan akan membangkit rasa masakan ini,kalau rajin bolehla letak daun kunyit yang dipotong kasar
SAMBAL UDANG SEMPOI
Setengah kg udang
Bawang besar 2 ulas*
Bawang putih 3 ulas*
3 sudu Cili yang telah dimesin
Gula dan garam secukup rasa
Asam keping
Hiris bahan bertanda *,tumiskan.bile naik bau masukkan cili mesin..bile dah agak garing masukkan gula..
tambahkan garam sedikit,asam keping dan akhir sekali masukkan udang.
Masak sehingga udang masak (bertukar kemerahan).
Jangan overcooked kerana udang akan keras.
~Asam keping sedikit sahaja kerana biasanya ia lebih masam dari menggunakan jus asam jawa
~Air akan keluar dari udang,jadi tak perlu tambah air,kecuali memang suka sambal yang basah
~Kalau ada lebihan sambal yang tak habis,boleh terus buat mee goreng / kueyteow goreng..heheh
selamat mencuba!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
6.jpg)