Showing posts with label my thought. Show all posts
Showing posts with label my thought. Show all posts

Wednesday, 23 April 2014

Doa Isteri Solehah Untuk Suami

Doa ini, satu ketika dulu pernah dapat view yang tinggi jugakla bagi blogger amatur seperti diriku ini..

Di kesekian kali...up semula doa ini...sebagai penguat jiwaku..
Kerana kamu, suamiku...adalah separuh nyawaku..kerana aku yakin petunjukNya hasil istikharahku 7 tahun yang lalu..


Moga Allah merahmati perkahwinan kita..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat
keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata- kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurnia kanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha
Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahk an aku menghadapi segala
cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi
suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

semoga kita sama-sama dapat mengamalkannya..

Friday, 11 October 2013

pesan anak...

selama ni,kad berbentuk bunga ni dibiarkan sepi je kat freezer..apela punya mak :-(

semalam zahra pesan..bawakla ke ofis ummi..

lantas hari ini,dia jadi peneman mata ummi.
mungkin juga jadi pengubat hati ummi kala ummi dilanda pelbagai perkara tak diduga nnt.

kuasa pesanan seorang anak..
betul2 meruntun hati seorang ibu..

Wednesday, 9 November 2011

janji yang tak ditepati..

dush!dush! tampar diri banyak2..

kate nak update blog..tapi semedang senyap sunyi je blog ko jah..orang berblog ko nak jugak..

ade beberapa perkara bermain dalam fikiran sekarang ni.banyak masalah dari cara menyelesaikan masalah.

dah hujung tahun rupenye kan? *mencari2 mane kertas yang tulis azam tahun baru dulu*

aku pun dah tak ingt 1 hape pun azam..berazam jerla ko pandai..buatnya ntah2 tidak.

nak buat list senarai kesyukuran seperti yang pernah dibuat oleh kak ani  dulu..mudahan aku beroleh sedikit ketenangan.....


  • Alhamdulillah,aku dikurniakan seorang suami,sedang ada kawan2 masih mencari2 calon suami..syukur
  • Alhamdulillah,Allah beri aku 2 orang anak buat pengikat kasih sayang 
  • Allah juga tak lokek bagi aku pekerjaan untuk aku cari sesuap nasi menampung hidup yang sementara ni..aku tak kaya,tapi aku senang......
  • Syukur2..walaupun arwah papa tak ada lagi,tapi aku masih ada mama...yang juga sudi menjaga anakku..
  • Allah beri aku peluang untuk miliki rumah sendiri
  • Allah beri aku peluang untuk miliki kemahiran lain untuk tambah sesikit duit poket
  • Allah jumpekan aku dengan orang yang kadang2 beri inspirasi untuk aku teruskan hidup
  • Allah masih ber peluang untuk aku tersenyum walau kadang2 datang duka..
  • Allah kurniakan kesihatan.
.........................

banyak lagi..aku je yang kadang-kadang rase tak cukup,dah dapat kain sulam2 hadiah suami terchenta,aku masih nak kain polka dot..
dah ade kete yang agak ok,aku nak mpv pulak....
manusia kan?tak penahnye nak cukup..
bersyukurla fadhilah noor oi...

sekian..bebelan kpd diri sendiri harini...

Wednesday, 8 December 2010

hati meruntun...

lamenye tak update..

malas nak kate ape..sume yg plan tak jadi.
tapi takpela..kalau tengok link kat tepi tu, untuk "celebrating Tomot's 1st birthday" siap ade 6 entry.
ape nak jadi ummi ni..tinggal 10 hari je lagi birthday Tomot..asik tak sempat update je..

meh ummi cite sikit kenape jadi gini
1.Sebab dah dapat  kunci umah baru (alhamdulillah)
2.Mula uruskan hal kemas,packing,buang ape yg patut dan segala mak nenek preparation pindah
3.Dalam nak pindah2 ni,teringat plak,baju adik Tomot belum sedia lagi..frankly speaking beg hospital pun tak sedia ape lg..haih..ni dah minggu ke 32 ni..serabut betambah2..so mulela mencari blk baju2 Tomot..membasuh,melipat..huh..betimbun!
4.Keje pun boleh tahan busy jugak..esok akan ke Melaka untuk bengkel Scenario Planning sampai ahad..

tadi,lepas solat Zohor tetibe rindu sangat kat Tomot...agaknya kerana kita ibu2 ni berkongsi darah yang sama..elok2 ummi nak duduk kt kerusi,naik name nenek call..tapi Tomot yang cakap..haih..die pun rindu ummi rupenye...
dia cakap "nak hoho (horlick) 1 boleh tak?"..
kekeke..takde modalla tu =)

Zahra,ketahuila..ummi akan rindukan kamu..sentiasa..
walau akan datang adik baru nanti,Zahra akan sentiasa yang pertama di hati ummi..

Moga Allah pelihara anak ummi ni sepanjang ummi tiada di sini nanti ye...

Monday, 8 November 2010

terkenang..

Semalam..dalam keributan mengemas barang-barang untuk pindah, abahtomot cakap  "Abang buang kotak ni ye"..

huih..terus meluru..mengejar kotak khazanah tu..jangan dibuang..kerana itulah pemula kehidupan =)
tanpa sedar,tangan duk meneliti barang-barang kat dalam tu..macam-macam yang dijumpai..report card sekolah rendah pun ade (barulah tau,tinggi diri sendiri  masa Darjah 1 cume 105cm..berat cume 16kg..hahaha)..

terjumpe buku autograf lame zaman lepas PMR..memang tegelak habisla..betapa sengalnye mempunyai bende2 sebegitu..

tapi dalam banyak2 barang kenangan, hati terus rasa sayu bile membaca semula poskad kiriman arwah papa..kad-kad birthday dari mama yang saya terima masa zaman sekolah..tak sangka..cepat betul masa berlalu.hari-hari yang mendatang ni buat kite tersedar yang waktu-waktu tu dah terlalu lama tinggalkan kita.
arwah papa, rajin kirimkan poskad bile dia outstation..penah jugak saya dapat kad birthday yang berlainan dari mereka berdua kerana 2-2 sangka mereka mewakilkan pasangan masing-masing..

berjauhan dari keluarga seawal usia 12tahun membuatkan masa saya banyak bersama kawan dari family sendiri..duduk di asrama sewaktu baru-baru nak belajar basuh baju sendiri bukannya senang..agaknya macamane perasaan mama dan papa lepaskan saya dulu?macamana saya nanti nak lepaskan Tomot?
haih...nanti pejam celik..anak yang sorg tu pun dah besar..camane pulak approach saya..

tapi.......dalam banyak2 barang kenangan saya,barang paling berharga adalah diari arwah papa..walaupun lebih banyak menulis pasal meeting,tapi ade terselit "masukkan duit fadhilah $50".."belikan baju raya farkhan,fauzi,fauzan,fadhilah $xxx...".."harini temujanji di HUKM,bad result..kidney failure"..
taktau ape dalam hati papa ketika itu..tapi yang pasti, 1 mukasurat akan terlipat bila adik saya fauzan menjalani pembedahan kansernye pada tahun 1997..mungkin hatinya sebak kala itu..

papa, kalaula kakak dapat selami hati papa ketika itu..kakak akan cube jadi pendengar setia..akan kirimkan surat khas untuk papa..akan bertanya keadaan papa..akan berkongsi segala duka itu..

bukan senang menjadi ayah kepada 7 anak..yang setiap tahun menuntut belanja yang tidak pernah kecil saat tiba musim baru persekolahan,belum masuk lagi sakit pening,belum lagi kereta rosak,balik kampung,hari raya...kalaula saya dapat memahaminya waktu itu...

berat sungguh menjadi seorang ayah...

alfatihah untuk arwah papa..semoga tenang di sana....

Wednesday, 7 July 2010

E.M.O

Menangis ku sendiri
Ketawa pun sendiri
Berpanjangan keresahan hati ini
Siapalah yang tahu
Sakit pening diriku
Tiada bertempat ku mengadu
Bukan mengemis bukan meminta
Hati terhiris ku pendamkan saja
Bukannya belas bukan simpati
Niat yang ikhlas letaknya di hati

Ku dengar burung menyanyi
Berterbangan bebas di angkasa
Walau sesekali terasa iri
Tabah ku terima takdir yang Esa

kalini pregnant emosi salu tak stabil..kalau ingt lagu ni mesti rase nak menangis..nanti2la kite buat entry ceria..sekarang kurang ceriala..huk huk huk

Thursday, 17 June 2010

Kem Remaja Bersamamu..

erm..dah janji nak share citer2 sedih KRB kan?
memang macam2 cerita..
saya seronok di sana,sebab dapat tau dan dapat belajar kehidupan anak2 tu..

kesusahan hidup mereka adalah sangat tidak disangka2 kawan-kawan..
mulenye saya dan kawan-kawan rasa geram dengan anak-anak ini..ada yang degil,suke menyampuk,taknak dengar kata,taknak pegi ceramah,taknak makan sampai demam-demam..

tapi akhirnye..kami mengerti..dalam hati setiap mereka dan dalam diri mereka ada cerita yang tak terkongsi..ada kesusahan yang tak mampu lagi ditunjukkan dengan deraian air mata..

adik Asmah..kelihatan tenang dalam setiap langkah..die dan 2 adiknya datang ke KRB..semuanya comel2..malam terakhir,die berkongsi dengan kami yang ayahnya lumpuh,bekerja cume mengutip kotak-kotak dan kertas terpakai untuk teruskan hidup mereka.ayahnya telah terjatuh di bilik air dan mengalami pendarahan otak..tetapi kerana mereka sibuk dalam minggu peperiksaan dan ibu mereka tak boleh tak bekerja,maka rawatan untuk ayahnya terpaksa ditangguhkan..anak ini sangat tabah..saat kami semua berlawan tangis,die sedikit pun tak mengalirkan airmata..
akhirnya kami urusetia faham,bahawa apa yang dialaminye lebih teruk dan mungkin airmata tidak lagi mampu mengalir..

Adik Siti Hawa,kecil je orangnye...rupenye kami tau bahwa 1 masa dulu keluarganya hidup susah..tapi Alhamdulillah sekarang ibunya telah bekerja..walaupun mereka anak yatim..tapi masing-masing nampak kuat mengahadapi kehidupan..

kawan-kawan...mereka berdua hanyalah sedikit sahaja yang saya kongsikan..banyak lagi cerita..kami pun tak sempat nak tanya satu-satu..tapi dikalangan mereka ada yang hidup hanya harapkan bantuan kerajaan,ada yang duduk dirumah yang dhaif ..

saya doakan anak-anak ini berjaya..merekalah pejuang sebenar dalam kehidupan...
mudahan saya akan sentiasa ambil iktibar dari pertemuan dengan mereka..

Sunday, 30 May 2010

anakku yang merindu

Salam semua..

3 hari full bersama Tomot..syukur 3 hari itu full..bukan hari bekerja. Itu pun saya rasa masih belum cukup untuk qada' balik masa yang saya tinggalkan dia.

Seperti biasa,Tomot kan anak abah..haritu moodnya baik bersama abah..tapi dengan saya,nampak sangat dia sangat rindukan abahnya..setiap malam menangis,sampaikan rajuknya tak boleh dipujuk..asal tengok gambar abah je mule dia amuk..
bile dengar suare abah dalam telefon lagila dia menangis..abah pulak sibuk di sana,hampir larut malam baru settle kerja..jadi si kecil ni tunggula abahnya..

bila anak macamni kite cepat hilang sabar..
tapi bile difikir dalam2,rasa bertuah melihat anak di depan mata..
Marsha..i adore you la...sangat gigih jaga anak-anak itu tanpa suami di sisi..

ermmm..andai sehari dua ni saya menutup mata,agaknya Tomot takla rindu sangat kat saya agaknya ye?
sebab die kn anak abah..huhuh


semoga kerja-kerja abah disana dipermudahkan..amin...

Friday, 21 May 2010

Khas Jumaat :Orang ikhlas tertindas?

Saya tertarik dengan idea / perbahasan mengenai orang iklas tertindas yang saya dapat dari blog junior saya..
Thank lin sebab bagi permission untuk akak share disini.

*sejak akhir2 ni banyak pulak jumpe blog junior2 SEMESTI dulu..macam reunion kecil-kecilan pule diblog masing2..saya ni rakan sebaya kurang sikit..sebab dulu mase form five saya sorang je form five dalam dorm untuk menjaga adik2..hehe (melalut pule)

here is the good article..semoga menjadi panduan untuk kite lebih berjaya dalam kehidupan dan pekerjaan


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.


“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”
Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

~saya tujukan juga artikel ini untuk Abah Tomot yang seringkali rasa kecewa dengan perkara-perkara yang berlaku dalam ruang lingkup pekerjaannya..
semoga abang lebih tabah! 

Friday, 2 April 2010

hati seorang ibu...

Salam Jumaat semua..

Sejujurnya Tomot masih belum pulih sepenuhnya,asyik demam berulang2..tambah lagi dengan batuk dan selesema,memang dia tak selesa..Tidur malam pun terganggu..

Saya merenung jauh dalam perjalanan ke pejabat harini,betapa daya seorang ibu tu adakala mengatasi apa sahaja yang tersurat dalam fikiran oran lain.
Tanye suami, macamane awak tak ngantuk Yang malam-malam tak cukup tidur..
jawapannye:entah,tak rase pun nak ganti tidur ke ape..tak pulak rase nak tidur kat opis.

Semenjak lebih setahun berblog,saya kenali ibu-ibu yang lebih kuat..macam Marsha,isteri seafarers yang membesarkan anak sendiri..walaupun dengan bantuan orang lain,tapi di kebanyakan masa, diala yang mengambil peranan itu..

Ummisalsabila walaupun seorang suri rumah, tapi adakala berdepan dengan pelbagai perkara yang adakala membuatkan emosi ibu-ibu lain juga tersentuh

Drsinga walaupun ranggi, tapi menjadi seorang doktor yang memerlukan dia pulang lewat adakalanye membuatkan dia rindu anak..bile rindu anak,adela entry pasal anak..tak gitu doc? =)

Yoi,kawan saya dari SEMESTI,we talk a lot on our children..kadang anak die sakit,kadang anak saya sakit,kadang hati saya sedih,kadang die emo..

Kak Aishah,juggle between pregnancy,hubby yang kerja di luar negara dan membesarkan 2 anak kembar..

dan baaaaaaanyak lagi kisah ibu yang membuatkan saya teruja..
ibu memang insan yang kuat.memang insan yang tak takutkan apa-apa bile besarkan anak.
tapi ibu juga manusia biase yang penat,dan adakala tak terbendung bagaimana sukarnya menghadapi liku-liku hidupsebagai ibu yang sangat mencabar.
lebih-lebih lagi menjadi ibu bekerja..

kita semua mungkin nampak happy,meriah-meriah dalam blog..tapi dalam hati kite,Tuhan je yang tau kan?
dan selain tu,hanya ibu-ibu yang mengerti perasaan ibu yang lain.

kenapa saya tulis macamni?entah...
kerana saya kagum dengan kaum hawa..dengan kawan-kawan..dengan ibu2..

buat para suami,isteri ini walau zahirnya nampak kuat,tapi percayalah..sedikit kata-kata bisa melemahkan hati dan perasaan kami..
sekuat mana pun benteng dalam diri ini,kadang-kadang tak perlu angin taufan..angin lalu pun mampu meranapkan kekuatan dalaman itu..

Mudahan Allah kembalikan kesihatan anak saya dan menitipkan kekuatan tambahan untuk saya menghadapi apa sahaja..

yang risau,
ummitomot..
semoge Tomot cepat sembuh...(tomot pakai snowcap saya  yang dah berusia 26tahun..)

UPDATE@ 4.56pm:alhamdulillah,tadi bawak cek darah Tomot sume ok.akan sambung makan ubat dan tengok macamane dia 2-3 hari ni..time kasih kepada yang mendoakan kesihatan Tomot =)

Friday, 15 January 2010

15 Januari 2010

salam Jumaat yang mulia...

Saya sedang berperang dengan emosi..

hari ini genap 5tahun arwah papa kembali kerahmatullah..hari di mana separuh diriku telah pergi.
Mama bagi sms pada sume anak-anak kot malam tadi supaya tak lupe tarikh hari ini..

saya tau,mama lagi tak boleh lupe..hari dia kehilangan suami tercinta di pangkuan sendiri.
menghadapi kematian bukanla perkara yang mudah.

saya beremosi sehingga saya rasa nak buat 1 private blog khas untuk meluahkan perasaan..
biarlah saya takde pembaca sekalipun.
tapi sayang puas saya ada medium untuk meluahkan.

boleh ke buat macamtu?

~wanita yang serabut

Thursday, 7 January 2010

dah kene kang baru padan muke!



Salam Khamis..

harini hujan..selebat-lebat tidak kate orang Johor.
Jadi time pergi kerja,sume orang nak cepat..tapi..ade satu hal yang paling annoying kalu drive time ujan..
iaitu..driver yang takmo bukak lampu.
hadoi!! membahayakan sungguh..lagi2 kalau kereta warne gelap atau silver (merah atau oren diampunkan lagi)..

silver - warne dahla same ngn awan mendung..same warne ngn hujan yang tengah turun lebat mancurah2 bakti. so driver kt blkg takleh nak agak jarak antara keter die ngn keter kt depan..melainkan ade lampu.



hitam - kalau kat depan ok lagi..tapi kalau kereta tu belakang kereta kite memang tak nampak oo..lagi2 mase nak tukar lane,time hujan blind spot tak dapat detect...

jadi..tolongla..please..hidupkan lampu keter time hujan..kite rase tak penting kalau still nampak jalan..
tapi kalau orang tak nampak kite,itu yang paling bahaye..

pesanan khidmat masyarakat dari cik dila dilot..

ade sape yang setuju?

Saturday, 2 January 2010

setelah 17 tahun..

salam Sabtu...

Perut dah kenyang.Harini lauk simple..ikan siakap goreng tepung dgn sambal tumis udang.
sejak cik enn duk sini,aku kene rajin masak..rasa macam tak sesuai pulak nak beli kat luar..lagipun there's another helper yang boleh pegang Tomot..hehe

actually..17 tahun tu aku rase..kalau seorang manusia..dah agak matangla,dah ambik SPM..dah nak melangkah ke alam dewasa..(mase aku 17 tahun)..tapi dalam persahabatan..kalau dah 17 tahun,macam lame gile kn?
tula nak citer harini..
sebab aku rase nak menghargai 2 orang sahabat aku yang wujud sebagai sebahagian diri aku.
ni la orangnye..


nana dan wahida..sorang pramugari,sorang pegawai undang-undang..aku yang kat tengah tu,penolong pendaftar..sume lain bidang..tapi kitorang ade persamaan..iaitu kitorang bertiga anak sulung..sebab tu agaknya boleh rapat..sebab faham hati dan perasaan masing2.


kitorang kawan sejak darjah 4..sampai sekarang,walaupun jauh terpisah,aku rase aku makin rapat dengan diorang dan aku rase semakin dekat di hati..orang kate kalau berkawan 3 orang ni akan terpisah..memang kami terpisah..tapi terpisah jarak je..sebab mase naik sekolah menengah,wahida masuk sekolah asrama,aku masuk asrama penuh,sekolah sains kat Teluk Intan,Nana pulak sekolah kat Kajang..tapi tak penah kami tak jumpe,at least sekali dalam 15 tahun terpisah jarak ni..

aku rase mase umur kami 10 tahun tu,kami cume berkawan atas dasar sekelas dan sekepala..antara perkara paling pelik sekali kami buat masetu
1. cube resipi baru dari majalah Dewan Pelajar..memang sengal..lebih banyak tak jadi dari jadi.yela..resipi dalam majalah budak2 macamtu boleh caya ke..tapi gigih gile..

2.hari Rabu adalah hari ko-kurikulum...antara pukul 2 hingga 4 petang..tapi pukul 5 petang kami kene pegi sekolah agama balik..so gap antara 4 hingga 5 petag tu kami akan salin baju untuk skolah agama di rumah yang kitorang pilih..antaranya,rumah kami bertiga (secara giliran),dan rumah sape2 lagi yang kami rase teringin..gile tak malu..ko takde kaitan ngn orang tu..pastu ko nak terjah umah orang mase mak orang tu tengah syok2 tido petang..hahaha..memang sengal..akula kepala sengalnye tuh..konon nak caring,mane2 kawan yang orang susah (ye,kami pilih kawan tertentu je pulak tu)

lain2 aku pun tak ingat..tapi bile masing-masing dah remaja,kami still get together..gathering by our own way..at least g makan KFC kat Kajang..masetu hebat sangatla Kajang..sebab KL macam jauh sangat kan.

aku paling terharu,2 sahabat aku ni memang tak penah jemu kirim kad birthday dan kad raya..be it beli ataupun hand made..selalu wahida aku ingat dia memang beli kad memory lane,nana pulak akan buat kad home made..mase aku kat asrama wahida salu jugakla mengirim2 surat dengan aku..biaserlah die..banyak benau konflik dalaman..kikikiki (ko jangan marah aku nyah!)

bile Nana betunang dan seterusnya kawin,kami risau jugak takut makin jauh..tapi nampaknye ramalan itu tidak benar belaka..sebab bile kita dah makin dewasa,sebenarnye laaaagi banyak cara untuk kekalkan persahabatan..kitorang penah piknik same2,buka puase same2,window shopping...nana plak dapat husband yang sporting kan..so,takde halla.. =)

bile aku pulak yang betunang ank kemudian kawin..diorangla yang datang jauh dari KL untuk raikan aku..sungguh terharu!memang tak terkate..bile aku bersalin,hadiah dorang yang sampai dulu..
kerana nana aku kenal breastflow dan kerana wahida dan doktor hatinya itu,Tomot ade beg serbaguna yang mungkin boleh guna sampai adik Tomot beberapa orang lagi..hahahaha..

sebenarnye dalam persahabatan kitorang ni,aku belajar perkara penting iaitu;-
~ hormat-menghormati
~ingat-mengingati
~persefahaman
~dan yang paling penting..ikhlas..

kitorang membesar dengan cara sendiri,tapi perbezaan tu tak pernah pun jadi barrier..syahdu plak petang-petang sabtu ni..

kalau korang berdua baca entry aku ni..I just want both of you know that I appreciate all the things that come n go in our friendship..dan aku rindu korang =)
to Nana~ aku doa ko akan dapat baby very soon
to Wahida~ aku doa moga ada jodoh ko dan doc.

ameen...........


Friday, 1 January 2010

action item



Salam Tahun Baru..

Saya bekerja harini ye kawan-kawan.takpela ibu singa,kita seropaaaaa..

sebenarnye saya boring dengan blog ni..boring sebab saya baik sangat dalam blog..sedangkan saya sebenarnye lebih lemah lembut,pemalu dan ayu (totally the other way round)ahaks!

agak2 kalau tukar imej boleh nggak?
jadi ibu yang rugged skit..or happening macam kak tijah ataupun marsha ?

dulu saya "bersaya2" dalam blog ni sebab sogan!
saya takut nak bahasekan diri aku-aku..sebab kalau orang lebih berusia bc blog macam tak syok je..
tapi..dengan laki pun cakap2 aku-aku..(oooppsss..pecah rahsia!)..-tapi kan,saya ber aku-aku dengan suami bkn sebab gaduh atau berkasar..sebab die yang suh macam tu..tapi bukanla setiap ms..

so...camane kalau kite jadikan blog ni lebih happening?maknenye..
~meriah dengan entry yang pendek..tapi kelakar
~meriah dengan cerita Tomot atau mungkin adik Tomot
~meriah dengan cerita gaduh manja jalan-jalan cari makan dengan abah Tomot..
~meriah dengan koleksi resipi baru yang dicuba siap dengan gambarnye sekali

so..untuk tahun baru ni..inila azam saya untuk blog ni.ohye..termasukla entry yang dipublish lebih kerap..huhuhuh
wah..beratnye tanggungjawab ni ekkk

Tuesday, 29 December 2009

wah wah..lg 2 hari je nak abis tahun...

Salam Selasa..

erk..harini dah 29 Disember kn?sipi-sipi je lagi nak tahun 2010..
macam biase persoalan "what have I achieved".."what have I done" mesti timbul..termasukla a looooong list of new year resolution.. (sape2 yang dah buat resolution masa awal muharram haritu,tahniah diucapkan =) )

secara peribadi,saya rasa banyak perkara tak disangka-sangka terjadi kepada saya tahun ni..sampaikan saya rasa..alahai..cepatnye masa berlalu..rasenya semua orang rasa macamtu kan?

jomla..saje nak list down kenangan-kenangan tahun ni..yang manis..yang pahit..

dari segi keluarga..alhamdulillah,hujung tahun 2008 tu kami menimang cahayamate sulung..syukur..dapat sempurnakan amalan aqiqah,bercukur dan memberi nama pada die mengikut perancangan kami sekitar Januari 2009.kesemua 3-3 amalan ni yang menjadi perkara sunat dan kebajikan pertama yang digalakkan untuk kite berusaha ke arahnya.. (nanti saya share sedikit pengetahuan mengenainya)

dari segi kerjaya..syukur sangat sebab akhirnya saya dapat kerja di tempat yang diidamkan..walaupun bukan kerjaya yang diidamkan..tapi setakat ni pun saya rasa cukup..dan taktau bile pulak sempat nak further study untuk dapat kerja yang diidamkan tu..pengalaman kerja di tempat sebelum ni jugak sangat-sangat dihargai..dan banyak mengajar saya menjadi lebih matang..aboh pun same,dapat sambung kontrak di Unit Perancang Ekonomi Johor lagi..dengan skim baru..makin banyak peluang untuk kami meningkat dalam kerjaya.walaupun kami berdua bertaraf kontrak.takperla..saya optimis..insyAllah sesuatu yang lebih baik akan didapati nanti..insyAllah..

dari segi pertambahan hutang...hahahah..taknak cakap harte..dapat jugak kami beli lagi 1 kereta setelah 1 kereta saya "diberikan" kepada adik ipar.. (sedih woooo).dan (mungkin) akan dapat rumah yang diidamkan jugak sikiiiiit hari je lagi.

semua ni patutnya menjadi senarai kesyukuran saya..dan perlu ditingkatkan lagi azam dan usaha untuk tahun 2010..Tomot pun dah nak besar nak tambah adik die lagi perlu fikirkan keperluan early education dia..planning untuk homeschool die..dan macam-macam planning lagi..

kenangan pahit?entahla ekk..malas nak ingat..cume yang paling teruk,pasal kes eksiden kete baru yang menelan belanja sampai 7k..gilakk!!
dahla bukan kitorg yang buat n bawak keter tu.. (citer lanjut di FB)..malas cakap panjang..

so..ape azam anda semua?
sambung azam tahun lepas?
hehe

Monday, 28 December 2009

kasihnya ayah..berkorban jiwa...

salam semua..
sepatutnya bulan Nov. dan Disember adalah cherish moment bagi saya atas kelahiran 3 insan yang saya sangat kasihi..selain dari Tomot pada 18 Dec.,aboh die iaitu suami saya lahir pada 18 Nov.,aduh..jelesnye..birthday 2 beranak tu tarikh yang same..tu sebabnye die memang anak aboh!huhuh

Dan pada 22 Dec yang lalu,kalaula arwah papa masih hidup,die baru berusia 55tahun..sedih..bile kami ingat kembali yang die pergi tinggalkan kami 5 tahun lalu,lebih kurang sebulan selepas die sambut harijadi yang ke-50.cepat betul masa berlalu..tak sempat die nak jumpe menantu dan cucu pertama nya..saya membayangkan kalaula arwah papa masih hidup,jangankan menjentik..meninggikan suara pada cucunya juga saya tak berpeluang..

persoalan kalaula sentiasa bermain di dalam diri saya..kalaula papa dapat melihat kejayaan kami adik beradik..kalaula papa dapat menjadi wali yang menikahkan saya..kalaula papa dapat berborak hal bisnes dengan menantu pertamanya itu..kalau itula..kalau inila..

tapi inila takdirnya,papa hanya sempat melihat (dan kemudian meninggalkan kami) semasa saya,anak sulungnya berada di semester akhir di universiti..apetah lagi kejayaan adik-adik saya..tak sempat papa rasa..tak sempat papa jamah sedikit pun hasil pekerjaan saya..

aduh..kalau bercerita mengenai papa..hati rasa sayu..rasa nak menangis..kerana saya hilang teman bicara..teman berbual kosong masalah negara..teman berangan..teman meluahkan perasaan..
tapi takpelah..bukan saya tak merelakan pemergiannya..cume adatla..ayah sendiri kan..

arwah papa meninggalkan saya semasa semangat sedang high up,mahu bergelar graduan..mahu mengubah nasib keluarga..mahu menjadi contoh kepada adik-adik..dan sepeninggalannya,saya menjadi lebih kuat..hidup mesti diteruskan..tak boleh bergerak ke belakang walaupun selangkah.hati jadi kuat,semangat jadi kental..

sekarang,saya dikurniakan seorang suami yang juga berjiwa kental..teman sehidup semati yang cekal semangatnya..hidupnya berpendirian..kukuh..

semoga aboh nanti akan jadi aboh kebanggaan Tomot sepertimana ummi mengagumi arwah papa ye..

motif bercerita mengenai papa harini: RINDU...

Wednesday, 2 December 2009

kisah 2: kisah kelakar sewaktu Tomot dalam perut..




wah wah wah..muke kembang time mengandung..2-2 gambar ni rasenye mase mengandung bulan ke 7 atau 8..suke benau ambik gmbr depan pintu ni..apehal..

ade citer kelakar yang telah di-off record,tapi share jerla..hihih..
citernye begini..dalam bulan ke 8 mengandung tu,saya dapat surat panggilan temuduga 1 jawatan kerajaan ni..Pegawai Belia dan Sukan..huih..bkn main seronok lagi,mane taknye..dah tak lalu nak kejer private mase tu..pikir plak ade orang dalam sanggup buat surat reccomendation baaaekkkk punya..
sekonyong2 hari temuduga saya pun pegila..ditemani suami dan anak dalam perut
sampai je kat Kompleks Belia Larkin tu,tengok takde 1 manusia pun yang berpakaian proper untuk temuduga..sume pakai baju sukan..dalam hati,ish..dorg ni mesti ade training..pastu sume orang tengokla mak buyung ni jalan dengan kasut tinggi kletak..kletuk..
sekali tengok ade meja pendaftaran untuk temuduga..dengan penuh keyakinan saya pun pegila..
dipendekkan cerita..
ahkak n brother kt kaunter tu kate,eh..awak tak bukak ke mukasurat belakang surat ni..harini ade ujian kecergasan...
muahahahahaha
abihtu,orang bawak perut ni nak ujian kecergsan macamane kan?
jadi saya pun mendisqualifiedkan diri pada pagi itu..
tengok muke suami...keluar api..hihihih

sori bang..pompuan ngandung memang clumsy skit!

tula cerita gile2 punye kelakar time mengandung..tobat aku..malu besar haritu..hihihihi

Sunday, 8 November 2009

saya kagum sama WAHM!!

wah-wah..keje ko banyak ade hati nak update blog ye Kiah?

ermm..ginila citernye..wiken yang hening ni,kami duk umah jer..atas sebab utama;-
laki  bini nak habiskan kejer opis yg dibawak balik ke rumah..
ape???kejer opis tinggalla kt pintu opis jer?

tula..memang nak buat gitu..tapi apekan daya..kalau dah asik blogging-bloghopping meeting je,bilemane nak siapkan paper...eceh!!alasan ..
paper,read: orang kejer gomen sume bende nak berpaper2..report buat paper,budget buat paper..
tapi tula kawan-kawan..kagum tul ngn orang yang leh buat paper cepat habis.

ok,straight to the tajuk,memang saya tetibe terkagum pada work-at-home-mum..sebab saya rase saya lum mampu nak jadi begitu jangan ditanya financially..mentally pun saya tak mampu..

sebab...
1.Saya tak disipilin tentang masa.
2.Saya kesian kalau tengok anak / suami tengok tv or makan sorang-sorang sedangkan saya mengadap pc buat kerja
3.Saya tak tahan stress dalaman (baju nak sidai-tapi kejer belum siap-nak masak-anak menangis)..Saya takleh fokus dan rase semuaaaaa bende penting..

pendek kate..
belum bersedia lagi,walaupun hati merintih hiba nak duk rumah buat ape yang saya suke dan tengok Tomot membesar depan mate..

sekian..entry luahan di petang ahad yang mendung (terase nak tidur..tapi kejer belum siap..haihhh!)

Wednesday, 4 November 2009

UP UP and away..



Dah berbulan saya mengidam nak tengok cerita ni..sampai 1 tahap teringat-ingat..sehinggalah hari Jumaat lepas baru berpeluang membeli dvd cerita UP ni..seronoknya sampai kami suami isteri tengok berkali-kali..ceritanya sangat sweet dan saya suka sebab ia adalah sebuah momento kasih sayang seorang suami kepada isteri..yang telah meninggal dunia..
plot ceritanya tak meleret2..ada klimaks cerita dan setiap perkara ada signifikannya..walaupun pada sebiji bola..(nak tau tengokla sendiri..dan kalau dah tengok..kite sharela kehebatan cerita ni ye)hehe

oh..bulan November dah sekarang ni yea..maknenye lagi beberapa hari Tomot dah menjadi budak kenit berusia 11 bulan dan dah nak dekat sangat birthday dia yang pertama..adoiyai..anak ummi dah besar rupenye..dah nak jadi anak dara dah..euwww...ikutkan takmo die jadi budak besar..nak dia jadi baby jer..hehe

Tomot dah semakin bijak dan sudah boleh berkomunikasi walaupun dalam bahasa tersendiri..dah mule melepaskan tantrum pada perkara yang tak disukai..ni yang tak best ni..boleh buat ummi n abah hilang idea.hehe

jadi,entry2 akan datang mungkin akan jadi entry kenangan 11 bulan membesarkan Tomot..



bukan mudah menjadi seorang ibu...lebih2 lagi seorang ratu gossip yang perlu mengurangkan volume bergossip lantaran takut menjadi ikutan anaknye..hihih

till we meet again =)

Friday, 30 October 2009

Hari Jumaat..Hari Berfikir..

salam semua..

kadang-kadang lidah kelu untuk berkata..otak terhenti untuk mengeluarkan fakta..

its just that i want to share other people thought on marriage..sesuatu yang saya fikir sangat sesuai dijadikan iktibar bagi saya,dan sesiapa sahaja yang merasakan hidup ini tidak sempurna..

the love that can't be masured here  by a strong woman,kak aishah zaharin and wonderful husband thought here by Ustaz Hasrizal..

semoga kita sama-sama dapat belajar sesuatu  mengenai 2 artikel ini..

bukan mudah menjadi isteri..