Showing posts with label my cinta hati. Show all posts
Showing posts with label my cinta hati. Show all posts

Wednesday, 23 April 2014

Doa Isteri Solehah Untuk Suami

Doa ini, satu ketika dulu pernah dapat view yang tinggi jugakla bagi blogger amatur seperti diriku ini..

Di kesekian kali...up semula doa ini...sebagai penguat jiwaku..
Kerana kamu, suamiku...adalah separuh nyawaku..kerana aku yakin petunjukNya hasil istikharahku 7 tahun yang lalu..


Moga Allah merahmati perkahwinan kita..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat
keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata- kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurnia kanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha
Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahk an aku menghadapi segala
cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi
suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

semoga kita sama-sama dapat mengamalkannya..

Thursday, 18 November 2010

Happy Birthday Abahtomot!!



Abah,

Selamat harijadi yang ke27...(muda lagi rupenye abah saya ni yea)..

Semoga abah dikurniakan Allah kesihatan yang baik, murah rezeki untuk kite sekeluarga,
sukses dalam kerjaya dan kejayaan dalam kehidupan

Abah,

Terima kasih kerana menjaga dan melayan kerenah saya (yang semakin menjadi2 sejak ppowot ummi semakin besar)..
Menidurkan saya setiap malam...
Membawa ke taman...
Melayan saya membaca..
dan paling penting mengajar saya mengaji....(walaupun saya suke main-main)


Luv u abah!!! mmmmmuahhh!!

ni ummi nak nyibuk sikit (entah ape die nak cakap saya pun tak paham),

I may not always tell you
What I'm feeling deep inside
The emotions and the feelings
That I sometimes tend to hide

But I'm really proud and pleased
To know that you are mine
And I hope that you still love me
My Darling Husband and Valentine
love,

Tomot (Fathimah Jaya titin Asyisyul)
18 Nov. 2010
1642

  

Saturday, 23 October 2010

setelah sekian lama..

Salam semua..
ye..dah lama saya tak buat entry ape2..mood blogging merudum dengan jayanya sampaikan ucapan ramdhan dan syawal pun takde.

jom saya share aktiviti "ter-romantis" yang saya buat dengan abah Tomot baru-baru ni..hehehe..

kitorang join bengkel membuat roti yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan UTM. disebabkan course fee cume RM35 dan abahtomot yang beria-ria nak buat roti,maka saya pun terjebak sekali..
haih..kalau ikutkan perut yang sedang membesar ni,lebih syok pilih,tunjuk dan bayar je roti kat kedai ekk..
tapi bile dah join,sikit pun tak nyesal..memang kalau mampu nak buat roti hari2..ecewwah!!!

buat roti ni sebenarnya teknik menguli yang paling penting..kalau ada breadmaker tu toksah katela,25kali lebih mudah buat roti..masa yang diambil untuk menguli roti secara manual ni bergantung pada kekuatan masing2..standardla kalau setengah jam tu..sebab tu dalam dunia ni banyak orang lelaki yang terlibat dalam pembuatan roti rasenye (mamak roti canai, tukang buat pizza itali tradisional)..
barula saya tau,doh tu perlu diuli sehingga bile kite tarikh kembangkan die mcm gmbr kt bawah tu dah tak tekoyak..

abahtomot memang serius belajar..sebab die pun penah ade pengalaman keje kilang roti lepas habis study dulu..ummi tak pro sangat..sebelum pegi kelas dah ngecek abahtomot bli breadmaker..memang lemah!hahaha
hasil roti die pun lebih lawa dari ummi..

ok..lepas ni kite citer pasal tomot pulak yea..
gambar raya yang sangat basi =)

ohye,adiktomot sedang membesar dengan jayanya dalam "powot ummi" kate tomot..sekarang sangat aktif dengan skill menendang dan menarik2 tali pusat sehinggakan selalu rasa nak tekucil kutahan jebat!
banyaknye bende nak buat sebelum kelahiran dia ni..tak kirela personal ke,kerja ke,keinginan lain ke..huhuh
harap2 sempatla

ok till we meet again in another entry ..daaaa..

Wednesday, 28 April 2010

Men are from Mars ..Women are from Venus...

minggu lepas..si dia belikan saya sesuatu..dan mulut ini asyik membebel sebab tak suke pilihan die..
hari-hari saya rasa bersalah,tapi malu nak mintak maaf..

saya selalu melihat si dia tidak menghargai saya..
kadang-kadang kalau saya buat sarapan,dia biarkan sampai sejuk,sampai saya cakap "makanla sikit,buat jaga hati bini kalaupun awak tu kenyang"..

kalau tengok dia tidur nyenyak..mulela saya rase sakit hati..sebab saya dah bangun awal-awal pagi..tak merasa nak tarik selimut lagi..

bile saya lipat baju berbakul-bakul sambil duduk di lantai sedangkan dia duduk di sofa sambil tengok tv,panasnya hati..macam nak sebut-sebut "kenapala takde rase nak  ambik sikit tolong lipatkan"..

tapi...itula lumrah rumahtangge..lumrah lelaki dan perempuan..dan untuk kite yang baru 2 tahun kawin ni,sebenarnya belum habis kenal hati budi lagi..tapi dalam satu sisi yang lain,saya perlu melihat 1 perspektif yang lebih besar lagi atas jasa-jasa si dia..

1.hari-hari,dia drive hantar saya pegi kejer, adela 10km, lepastu hantar Tomot ke rumah mama, hampir 30km,sambung ke tempat kerja die,adela 10km..gitu gini..100km jugak die drive sehari demi untuk permaisuri dan puteri dia ni..

2.malam-malam, die yang tidurkan dan layan Tomot..dia yang dodoikan malam..dia yang layan kehendak Tomot sedangkan saya dah lame diulit mimpi.

3.kalau saya masak..biasenye dia yang clearkan sink..jarang sekali saya buat sume tu..yang saya tau masak jer..

4.sapu rumah?dia yang buat jugak..walaupun bukan hari2...

5.malam2,kalau saya sebut sikit je sakit badan,terus die picitkan..

dan baaanyak lagi perkara dia buatkan untuk saya..tak patut saya mengeluh..tak patut merase tak adil..tak patut ade rase iri pada die..suami yang saya cintai..

semalam..bile abah Tomot tulis sesuatu di blognye,berkaitan dengan perniagaan kecil saya..hati betul2 rase terharu..saya rase ade orang nak sokong saya..selame ni,dia macam tak peduli je,walaupun ade jugak yang dia jualkan (bukan senang orang lelaki nak jual pad tau)..

di kesempatan ini,saya nak mengucapkan terima kasih pada suami tersayang..terima kasih kerana banyak berkorban untuk saya..terima kasih atas kasih sayang yang sangat jujur dan ikhlas..terima kasih kerana mempunyai pandangan yang berbeza dengan saya,yang menjadikan saya lebih banyak berfikir..
terima kasih atas segalanya...
mungkin jasa isterimu ini tdak terbalas agaknya...

love you so much!!!

*bukan niat saya nak menunjuk-nunjuk..secebis pun tak terdetik macamtu..cumenye,nak ajak kite same-same berfikir..kadang2,kite kerap lupe jasa isteri / suami kite..kadang-kadang hal kecil dan remeh kite pandang,tapi yang besar kite lupekan..
terima kasih abang!!!