Salam Selasa..
Aduhai..dari minggu lepas na share resipi ni.Tapi macam-macam entry pelik pulak yang masuk dulu..hehe
Just nak share resipi sotong goreng tepung saya yang dah melalui berbagai session try and error..Ada yang melekat2 sotongnye..ade yang saya bancuh tepungnya..akhirnya saya dapat jugak cara terbaik (bagi saya) hasil dari skodeng dapur-dapur sifu masakan macam kak ummi zaihadi, dan kak hanieliza..
ok,jom tengok camane saya buat..
Bahan-bahan
Sotong (yang dipotong bulat-bulat)
3 sudu tepung beras*
2 sudu tepung jagung*
Lada sulah yang ditumbuk separa halus*
Sedikit kunyit serbuk*
Garam dan pak aji (ikut selera masing-masing)*
Telur putih dari 2 biji telur
Sotong dibersihkan dan dipotong,guna paper towel untuk keringkan sotong (untuk elakkan sotong meletup ketika menggoreng
Satukan bahan-bahan bertanda *
Pukul telur sedikit,tak perlu kembang
Panaskan minyak,celup sotong satu persatu dalam telur putih dan "mandikan" dengan campuran tepung tadi.
Goreng dalam minyak yang panas satu persatu untuk memastikan sotong tidak melekat satu sama lain.
Angkat bila dah berwarna keperangan
~berhati-hati kerana sotong bila dah garing boleh meletup,oleh itu pastikan sotong tadi kering
~keistimewaan masak sotong goreng tepung sebegini adalah ianya rangup
~Campuran tepung seperti diatas saya selalu buat lebih dan simpan untuk goreng ikan untuk buat siakap 3 rasa.
Ada gambar terung sambal yang cenonet di atas,sangat senang membuatnya..Ikut cara masing-masing buat sambal,tetapi terung perlu digoreng sebentar sehingga lembut sebelum disira dengan sambal.
Selamat mencuba!!
