rasa nak menangis..
kerana kurasa bagaikan baru saja mual-mual dan badan tak sedap..
kerana masih terngiang-ngiang lagi suara suami ketawa kegirangan melihat 2 line itu..
kerana bagaikan ternampak-nampak lagi kali pertama Tomot dalam perut yang baru sebesar beberapa inci..tapi jantungnya berdegup kencang dan aku mengucap syukur pada Allah kerana diberi peluang berkongsi nyawa dengan anakku
kerana masih terbayang saat aku memberitahu mama yang dia perlu pilih nama baru..nak jadi nenek ke,tok mama ke..
kerana teringat saat-saat cramp kaki di tengah malam dan suamiku memicit sambil mata tertutup..
kerana kurasa anakku itu membuatkan ibunya kelihatan gagah sekali pergi meeting mengelek fail berat..perut berat dan hanya memakai sandal flat..sungguh tak percaya..
kerana macam baaaaru semalam melihat tanda itu..pada jam 3 pagi 17 Disember 2008
kerana masih terasa-rasa sakitnya saat pitocin dimasukkan untuk "memaksa"Tomot keluar..
to be continued......
No comments:
Post a Comment