Friday, 29 May 2009

seminggu sudah berlalu..homeschooling edisi atuk




salam hari jumaat..

esok,genapla 7 hari pemergian atuk..tadi adik datang office saya dan kami menyelongkar ext. hard disk die dan terjumpa beberapa keping gambar klasik arwah atuk

hensemnye atuk..kenapa cucunya yang ni tak menurun sekurang2nye hidung die yang mancung tu?hehe

arwah atuk bekas British Army zaman sebelum merdeka,die sangat fasih berbahasa Inggeris dan semasa dia sihat dahulu arwah akan baca 3 jenis surat khabar setiap hari ~Berita Harian, NST dan surat khabar Jawi. Mase kecil,kalau saya buat homework cuti sekolah,terutamanya Matematik,arwah atuk adalah calculator..nenek pun macamtu..mase saya darjah 2,saya buat homework dengan senang hati sebab nenek sambil masak pun boleh jawab..atuk pun macamtu

arwah atuk akan saya ingati dengan cerita2nya..budaya ilmu yang diamalkannye..dan..amalan membaca al-quran.

malam pertama kenduri tahlil haritu,nenek tunjuk pada saya sebuah Quran arwah atuk yang di muka surat pertama bertulis (dalam jawi) ~"mula membaca pada (tak ingt tarikh) jamadilakhir (tak ingt tahun), (tak ingt tarikh dan bulan) 1991, jam 5.30 petang,selepas asar"..pilu hati saya..memang salah satu amalan arwah atuk selepas die menunaikan haji adalah mengkhatamkan Al-Quran tiap2 minggu..

bila saya bersekolah di Teluk Intan,asal balik je mesti atuk akan cerita sejarah Teluk Anson..saya rasa memang saya setia mendengar walaupun hampir setiap kali ceritanya serupa..

dirumah atuk yang dulu ade 1 set naskhah ensiklopedia berwarne merah yang saya sangat suke,tapi mase tu belum matang untuk membacanya..jadi sekarang entah ada entah tidak.atuk selalu suruh kami cucu2 baca..

alhamdulillah,walaupun arwah atuk end up living in Felda,tapi exposure kami terhadap ilmu memang tak terhad..atuk dan nenek memang kuat membaca..juga anak-anak dan cucu-cucunya ni..

i learn a lot from both atuk dan nenek..i love being at rumah lama atuk yang belum renovate,rumah kayu berbilik 2,tapi hall sangat besar dan meja makan panjang menunggu anak cucu balik berkumpul.

nilai2 yang diterapkan atuk dan nenek untuk menyayangi ilmu,alhamdulillah membuahkan hasil kerana cucu-cucu boleh dikatakan berjaya..

i miss u atuk!

p/s: amatla susah mahu type arwah atuk.macam tak biase..tapi kene biasekan

1 comment:

Fedyeu said...

innalillah.. takziah frm me dyla..

he must be a very g00d man.. sm0ga arwah terg0l0ng dlm g0l0ngan 0rg beriman.. ameen..