Tuesday, 3 June 2014

Poko Chan kami...



Nur Khadeeja dah hampir lima bulan dah. Ummi jarang sekali letak ceritanya di sini..Adik ni memang kelakar, dengan rambut lebat,tebal dan kasar..ada pulak lesung pipit di kiri kanan bibir tu memang senyum sikit pun nampat sangat RIANG!!



Hobinye, menjerit..tah kenapa..menjerit tu tanda terlalu seronok pulak tu..tapi kalau tak dilayan,tangisnye...lagi kuat dari jeritan. Haritu adik dapat pegi Bandung dengan ummi,abah,nenek dan opah..kesian Zaid dan Zahra kene tinggal


Kesian adik..macam takde baju lain je..asikkk pakai baju yang along bagi..hihihih..
ok..nanti ade mase update pasal Bandung.. ^_^

tah bilela tu..

Wednesday, 28 May 2014

Pengisi Hati


Tahun ni, aku dah 32tahun.
Bila usia 32 ni, kawan-kawan bukan makin banyak...tapi makin sikit..jumlahnya, tak habis sebelah tangan pun kalau dikira.

Saat semuanya menjauh, saat aku juga menjauhkan diri, yang bersama dengan aku adalah mereka yang satu hatinya dengan aku, lekat cerita mereka dengan aku...yang pasti..cita-cita kami sama iaitu mencari cinta hakiki untuk sebuah kehidupan abadi..

Bila jiwa gelisah, yang datang..orang-orang inilah..
Bila dada sesak, fikiran buntu..sahabat-sahabat inilah..
Aku tidak minta, tapi Dia hantar..penghantaran percuma dengan pakej ukhuwwah fillah..
Sungguh..aku tak pernah rasa jiwa aku terisi sebegini..


Tahun 2014 ini aku andaikan tahun ujian paling getir..
Kalau aku ini seperti sebuah bangunan, mungkin telah hampir menyembah bumi..
Tapi, binaan2 jiwa aku dikutip2 satu-satu oleh sahabat-sahabat pengisi hati..
Menyuruh aku isi hati dengan Allah Yang Esa..
Mengagungkan Dia yang memberi aku ujian..
Mengajar aku redha..

Ya Allah, Kau peliharalah sahabatku...bahagiakan rumahtangga mereka..kurniakan mereka pasangan yang soleh, zuriat-zuriat yang menyejukkan hati mereka..


Sahabat..kau tahu siapa kau
Andai 1 hari nanti aku dijemput kembali...kamu..dan kamu..dan kamu...telah genggam kisah aku..
Kamu..tau pasang surutnya jiwaku..
Anak-anakku (atau mungkin dia) perlu cari kamu..impian dan cita-cita aku untuk mereka,aku tanam kepada kamu..


nah...jangan biar aku terus..
aku harus tak lupa bersyukur dikurnia sahabat-sahabat seperti kamu,

 terima kasih Allah...
atas persahabatan ini..

Monday, 28 April 2014

Abah lupa...

Kupetik nukilan ini dari FB seseorang..

untuk ingatan diri ini yang selalu lupa..selalu lupa yang anak itu tetap anak,yang anak itu jiwanya suci..minta dibelai,bukan dimarah...minta dimanja,bukan diherdik, minta perhatian,bukan mata duitan..


anak-anak ummi, hati bergetar tatkala membaca artikel ini..
ummi perlu selalu ingtakn diri ini..bahawa KAMU.KAMU.KAMU adalah harta ummi paling tidak ternilai dan tida galang gantinya walau setimbunan harta di dunia ini..

Ya Allah..maafkan aku yang selalu lupa..

ABAH LUPA

October 26, 2010 at 4:19pm
 Dengarlah, Anakku!

Aku mengatakan hal ini ketika kamu terbaring tidur. Di pipimu ada bekas makanan coklat dan di dahimu yang lebar terdapat bekas luka akibat kamu terjatuh di rumah nenekmu.

Secara diam-diam aku memasuki bilikmu. Beberapa ketika sebelum itu, sewaktu aku membaca surat khabar, tiba-tiba aku didatangi oleh rasa kesal yang teramat sangat. Dengan perasaan bersalah itu, aku mendekati katil tidurmu.

Dalam diri aku berkecamuk fikiran : Aku bertindak kasar terhadapmu, Anakku. Aku membentakmu sewaktu kamu memakai pakaian terbalik untuk pergi ke shoping kompleks dan kamu hanya mencuci muka sahaja. Aku menghukum kamu kerana tidak membersihkan kasutmu. Aku marah-marah sewaktu kamu menyelerakkan barang-barangmu di atas lantai.

Pada waktu sarapan aku juga menemui kesalahanmu. Kamu selerakkan barang-barang. Kamu tumpahkan makananmu. Kamu letakkan dagumu di meja. Kaya yang kamu sapukan pada roti terlalu tebal. Dan sewaktu kamu pergi bermain dan aku mahu pergi bekerja menaiki kereta, kamu berpusing, melambai-lambai tangan dan berteriak 'Selamat jalan, Abah!". Dahiku berkerut, lalu menjawab, "Pusingkan bahu kamu!"

Pada waktu petang berulang lagi perkara seperti itu. Sewaktu aku sampai di jalan, aku melihat kamu sedang bermain guli sambil berlutut. Sarung kakimu berlubang-lubang. Aku memarahimu di hadapan teman-temanmu dan menyuruhmu berjalan pulang di hadapan aku.

Sarung kaki itu mahal - dan sekiranya kamu membelinya dengan wangmu sendiri, kamu tentu akan lebih berhati-hati! Anakku, ingatlah bahawa kata-kata ini adalah daripada seorang abah!

Ingatkah kamu, waktu aku membaca di bilik bacaan, kamu datang dengan ketakutan dan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan? Waktu itu aku sibuk membaca, kamu ragu-ragu berada di pintu. "Apa yang kamu mahu?" sergah aku.

Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari ke arahku dan merangkul kuat-kuat lalu mencium aku. Tangan munggilmu merengkuh dengan kelembutan yang diberikan Tuhan dalam dirimu, bahkan tidak boleh diacuhkan oleh seseorang yang sama sekali tidak memberikan perhatian. Dan kemudian kamu pergi, naik ke tingkat atas.

Tidak lama selepas itu, Anakku, suratkhabar yang aku baca terjatuh dan tiba-tiba aku berasa cemas sekali. Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari-cari kesalahan, memaksa - inilah hadiah aku kepadamu sebagai anak. Itu bukan kerana aku tidak menyayangimu; melainkan aku sangat mengharapkan masa mudamu. Aku mengukur dirimu dengan ukuran yang berlaku pada masaku.

Dan demikian banyak yang baik dan lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hatimu yang kecil ternyata mencakupi luas sekali, seluas carekawala. Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Malam ini, hanya kamu yang aku fikirkan, Anakku. Aku telah berada di katilmu dalam kegelapan dan aku berlutut di situ, malu kepada diriku sendiri.

Ini memang suatu penyesalan yang lemah, aku tahu kamu tidak akan mengerti ini semua sekiranya aku katakan kepadamu. Tetapi esok aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang abah! Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita dan tertawa jika kamu tertawa. Lidahku akan kutahan, kalau ada kata-kata yang kurang sabar. Aku akan terus mengucapkannya seakan-akan ianya adalah suatu kebiasaan : Kau masih kanak-kanak, Anak kecil!"

Aku khuatir sekiranya telah memperlakukanmu sebagai seorang dewasa. Namun ketika aku memandangmu sekarang, anakku, tidur meringkuk dan kelihatan letih disebalik selimutmu dan buaimu, aku menyedari bahawa kamu masih kanak-kanak. Kelmarin kamu masih digendong oleh ibumu, kepalamu di bahunya. Aku telah menuntut terlalu banyak, terlalu banyak.

Wednesday, 23 April 2014

Doa Isteri Solehah Untuk Suami

Doa ini, satu ketika dulu pernah dapat view yang tinggi jugakla bagi blogger amatur seperti diriku ini..

Di kesekian kali...up semula doa ini...sebagai penguat jiwaku..
Kerana kamu, suamiku...adalah separuh nyawaku..kerana aku yakin petunjukNya hasil istikharahku 7 tahun yang lalu..


Moga Allah merahmati perkahwinan kita..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat
keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata- kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurnia kanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha
Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahk an aku menghadapi segala
cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi
suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

semoga kita sama-sama dapat mengamalkannya..

Thursday, 17 April 2014

Sayalah...ibu beranak 3 itu ^_^

Assalamualaikum..

mane pulak penyapu sawang nih..^_^

ye..dah selamat dah puan dila kite menghabiskan cuti bersalinnye,dah naik keje almost 2 weeks.

inilah Nur Khadeeja saya.. anak terakhir ummi yang dilahirkan pada 8 Januari 2014, secara caesarean dengan berat 2.55kg je.
Deeja ni lebih senang jaga..tapi dah kalau anak dila ngn zezul taksahla takde mslh tido..haha

kakak Zahra dan abg Zaid huiii...kuat mengacau, tapi yang peliknye zaid lg pndai jg adik daripada kakak..padahal yg nak adik perempuan dulu kakak..
kenape ye? sindrom jeles lagi ke..heheh

kakak.tak sudah-sudah dengan lagu Frozen...nak jadi princess..penyakit budak baya-baya ni ekk..siap dengan posing2 senget kaki ni..adoiyai..takleh blah..


yang ni pulak nak jadi "matkar"..pengsan!!! baju askar belum kering pun sanggup pakai...

anak..hai anak...kehadiran kamu.kamu dan kamu memberi erti sangat besar dalam hidup ummi.
kamulah kekuatan ummi..menjadi penyebab untuk ummi terus berjuang dan pandang kehadapan.

Zahra, Zaid dan Khadeeja,

Hidup ini tidaklah segala indah anak-anakku, cukuplah Allah bagimu dalam setiap langkahmu..
Jangan lupa doakan kami ibubapamu..


 till we meet again =)

Thursday, 14 November 2013

Makan dan berangan..


Assalamualaikum semua..

fuh..fuh..fuh..lap skit habuk2 yang bertempiaran..
habuk yang lame pun tak habis..la ni nk tambah habuk lagi.
punyela tak berdisiplin update blog.

lately bercambah 1 hobi baru, google "how to make.." kat youtube. tapi padahal entah nak buat ke tak taktaula..mule2 dulu suke google pasal street food, barula tau kat China ke,Tahiland sana..crepe tu jual tepi jalan je..kat sini..amboi..crepe ni tahap jual kt JPO okeh..nak beli siap ade ambik2 nombor giteww!! terlampau sgt ekslusifnye..walhalll!! bende simple je kan..

meh tengok video ni ha..


haritu mama try nak buat butter prawn yang ade nestum tu, tapi begentel2 telurnye,tak jadi kate mama..tapi ngap jerla..sedapkan hati mama..memang sedap..tapi kalau takde skill mmg tak jadik..dan rupe-rupenye...idakle susah mane pun nk membuatnye!! takdela skill yang melampau macam menitikkan setitis2 telur dlm kuali tu..yg tu mmgla ade,tapi kene masuk kelas kulinari la plak kan....so video ni utk rujukan nanti..nak belagak ngn mama klau aku pndai buat..hahaha


tapi paling-paling teringin nk makan is okonomiyaki...cumenye complicated yang amatla pulak bahannya kan..nampkanye kene pegi Jepun ke ape ni klau nak makan..sukenye..sukenyeeee dgn bnde2 yang kene cari kat tpt jauh2 ni.. *lapailiomenjejes*..teringin nk melantak japanese food, tapi takde geng =(
dapat suami yang tekak original melayu, dapat heret die mkn steamboat pun dah besar rahmat..itupun kawen 5tahun adela 2kali je mkn kot..
memang kegilaan sangatla..sushi ke,tempura ke,bento set ke..cume miso soup mcm tak lalu masuk sgt..la ni nk try okonomoiyaki ni..
adeke jual kt Johor ni ekk?



okla...nak lari sambil tekup muke...sebab...alkisah buat blog entry harini sebab nak tengok camane cara orang buat kek batik.
hahahha..umur dah ganyut baru nak try bt bnde paling simple..kesian betulla ko ni fadhilah noor!! mama kalau tau anak die camni mesti malu sangat..hihihi

tapi lantakla kan..dari terbiar sepi biskut meri kt umh tu..
esok bolehla belagak dengan si tomot dan si masam yang mak dorg boleh buat kek..




nantikanla hasilnye (kalau ade) esok ke..sabtu ke..

till then...

daaaaaa

Thursday, 31 October 2013

Food for Thought #1



Bismillahirrahmaanirrahiim...

Hobi masa lapang adalah menggoogle image..kadang-kadang jumpa simpan,dah lama-lama..lupa..
daripada simpan, baik share kan?


Jom tambah skrip doa kita..kalau dah ada,alhamdulillah =)
Kalau belum sertakan yang ni, boleh tambah..