Sunday 30 May 2010

anakku yang merindu

Salam semua..

3 hari full bersama Tomot..syukur 3 hari itu full..bukan hari bekerja. Itu pun saya rasa masih belum cukup untuk qada' balik masa yang saya tinggalkan dia.

Seperti biasa,Tomot kan anak abah..haritu moodnya baik bersama abah..tapi dengan saya,nampak sangat dia sangat rindukan abahnya..setiap malam menangis,sampaikan rajuknya tak boleh dipujuk..asal tengok gambar abah je mule dia amuk..
bile dengar suare abah dalam telefon lagila dia menangis..abah pulak sibuk di sana,hampir larut malam baru settle kerja..jadi si kecil ni tunggula abahnya..

bila anak macamni kite cepat hilang sabar..
tapi bile difikir dalam2,rasa bertuah melihat anak di depan mata..
Marsha..i adore you la...sangat gigih jaga anak-anak itu tanpa suami di sisi..

ermmm..andai sehari dua ni saya menutup mata,agaknya Tomot takla rindu sangat kat saya agaknya ye?
sebab die kn anak abah..huhuh


semoga kerja-kerja abah disana dipermudahkan..amin...

Thursday 27 May 2010

bersiaran dari lobby Primula Beach Resort..

Salam..

All in all..di sini cume Pasar Payang je yang best..hak hak..apelagi kan..
conference..hancur..
hotel..separa hancur..adeke pagi2 tadi dorang buat fogging tanpa notis..nak sesak nafas rs dalam bilik..acik taula bilik acik tingkap bawah..tapi janganla buat acik begini..huk huk..

bende tak best buatpe citer kan.
baik citer ngan korang yang batik 1 Malaysia digital tu baru rm250 kat sini..kalau batik digital saja,rm195 dah dapat..
kalau batik crepe corak exclusive baru rm200 jer..
ha..cpt google skrg..orang jual online berape?hihih

keropok telah distockup..
barang-barang yang dipesan family and kawan opis pun dah dapat (bkn family je,jiran blkg umah mama pun tumpang sekaki)
untuk kawan blogger..kalau ade mase,sy cr yer..sori sangat..smlm tak dpt lgsg online sbb connection problem

so..jumpe lagi kite..daaaa..
da nak msk kelas nih =)

Monday 24 May 2010

9 hari tanpa dia..4 hari tanpa Tomot..

salam Isnin..
tomot muke masyam sebab ummi nak jalan jauh

kejap lagi saya nak gi Terengganu..to be specific... Pasar payang Kuala Terengganu atas urusan kerja.
Saya ada 2 perasaan..

1. Risau ~ camana keadaan abah menjaga Tomot yang belum sihat dari batuk dan selesema..

2.Gembira ~ nak tambah ilmu baru, nak tambah koleksi baju batik hak hak

minggu ni adalah minggu yang agak "berat" sikit bagi kami suami isteri..
saya akan berada di Terengganu dari 24 May hingga 27 May..dijangka sampai JB larut malam 27 May.
Abah Tomot pula akan ke Sabah untuk ekspo usahawan dari 27 May (flight pagi) sehingga 1 June..

jadi kami tak akan berjumpe dalam masa 9 hari..
hwarghhhhh..ni la jangkamasa paling lame berpisah dengan suami..
dengan Tomot pun rasenye macam lame jugak..sebelum ni paling lame 2 malam je..ni nak masuk 4 malam..

maknenye Tomot akan bersama salah seorang ibu / bapa je dalam masa 9 hari ni..

inila namenye pengorbanan..

"Ya Allah ya Tuhanku..Kau permudahkanlah urusanku..dan permudahkanlah urusan suamiku..peliharalah keluarga kami walau di mana kami berada dan kuatkanlah kasih sayang dalam hati-hati kami supaya kami merindu antara satu sama lain"..


wajah yang bakal dirindui..

p/s: korang nak kirim ape?

Friday 21 May 2010

Khas Jumaat :Orang ikhlas tertindas?

Saya tertarik dengan idea / perbahasan mengenai orang iklas tertindas yang saya dapat dari blog junior saya..
Thank lin sebab bagi permission untuk akak share disini.

*sejak akhir2 ni banyak pulak jumpe blog junior2 SEMESTI dulu..macam reunion kecil-kecilan pule diblog masing2..saya ni rakan sebaya kurang sikit..sebab dulu mase form five saya sorang je form five dalam dorm untuk menjaga adik2..hehe (melalut pule)

here is the good article..semoga menjadi panduan untuk kite lebih berjaya dalam kehidupan dan pekerjaan


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.


“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”
Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

~saya tujukan juga artikel ini untuk Abah Tomot yang seringkali rasa kecewa dengan perkara-perkara yang berlaku dalam ruang lingkup pekerjaannya..
semoga abang lebih tabah! 

Thursday 20 May 2010

baju kurung Tomot

Tomot dah lama ada baju ni.tapi tomot kan badan taknak besar-besar..baru-baru ni,masa kenduri umah Nyang, dapatla Tomot merase pakai baju kurung..
alahai..terserlah sikit keayuan budak rambut sikit nih..hihih

sibuk main cak-cak ngn "bo-bo"..
orang baca yaasin,die pun tumpang sibuk sekali
tekunnye makcik..sejuk perut ummi mengandung tengok gambar nih..hehehe
ha..ni gambar penuh..tekedek2 jalan,nak ikut orang besar main..

bile nak tempah baju raya ni?macam tak sabor nak pakai baju sedondon =)

Friday 14 May 2010

Mari mewarna bersama Tomot

Salam Jumaat..
Dah petang dah pun..baru berkesampatan..

Sebenarnye saya teringin nak ajak Tomot painting,ramai ibu-ibu yang buat macamtu..but being me,malas umah besepah..malas nak alas..hihih (malas sesaje ko..memang tak jadi apela)..tapi buat permulaan ni saya dah jugak buat "sesuatu" la..jeng jeng  jeng..perkenalkan buku mewarna yang sangat magic ni!
"just brush with water and watch the colour appear" (macamla korang takleh bace ekk)

masa mula-mula jumpa buku ni memang excited sangat..tercapai hasrat nak ajar anak painting..(padahal ko berus ngn air je..hihi).okeh jom kite teruskan dengan tutorial mewarne  lah sangat oleh cikgu Tomot

mule-mule pilih mukasurat ye kawan-kawan..selak mane 1 yang berkenan.kalini Tomot pilih gambar kite.ha..tengok tu,tu sebenarnye mukasurat baru,tapi Tomot colour page lain dulu basah sangat..dah tembus kat page ni..

ha..lepas dah pilih..celup plak berus tu kedalam air ye..pastikan mintak ummi masing-masing ambikkan air ye..sebab susu tak boleh digunakan untuk kerja seni ni...kate Tomot..
p/s:sekali ummi bagi berus cat da....lantakla..asal boleh..tapi tu berus baru tau..

sementara tunggu kering,bolehla selak2 page lain untuk menghilangkan boring...hehe
inila hasil kerja Tomot yang pertama.. =) (dengan bantuan ummi semestinye)..

saya beli buku ni di MPH,hargenye RM6.90  je..okla kan..untuk permulaan ni..nak bagi anak main dengan berus dulu..jangan expect kuar banyak colour ye lepas "mewarne" tu..sebabnye ade 2 warne asas je yang akan appear..iaitu biru dan merah..bolehla..untuk belajar dan mengenal warna bagi si Tomot yang berusia 15 bulan =)

selamat berhujung minggu kawan2..

p/s:auntie kucing,nanti belikan untuk ah poh jr. ye =)

Thursday 13 May 2010

tak matang betulla!


ish2..nak ngaku pun malu..nak beli lagila malu,sebab kat section budak-budak..tapi ni nasib baik pinjam member punye..keh keh keh..
sape2 yang rase nak kembali ke zaman kanak-kanak dalam masa yang same tajamkan balik English skil..jom join saye..seronok jugak bace kisah budak yang sangat kesian ni..



p/s:nampaknye walaupun tinggal beberapa hari je lagi nak umur 28tahun,saya jadi lebih budak dari budak..haih!!

Pertama kali yang menjadi...

Syukur alhamdulillah..
kan saya penah blog pasal giveaway ni 
semalam kak ani dah umumkan pemenang giveaway-nye..

dan ACIK MONANG!!

time kasih ye kak ani..

tak sangkenye..best sangat!!!tak sabar nak dapat hadiah yang best jugak tu..
dah gediks dah ni!!

kepada kawan-kawan yang berminat untuk shopping di kedai online kak ani..sila lawati

www.redcomelmall.com

macam-macam ada!!

Wednesday 12 May 2010

Edisi kedua Mothers Day..

Kejadian 1:Makeup remover tumpah dalam hanbag

Tragedi 1: hp dimasuki minyak (sebab makeup remover oil base)..

Tragedi 2: orang call sume takleh dengar..keypad hp pun asik tenggelam timbul..tensi!

alhasil: Dapat hp baru..jadila..sekali dengan hadiah Mothers Day

moral: setiap tragedi yang datang mesti ada hikmahnye..

moral (yang tak bermoral): pastikan tragedi gadget berlaku ketika sambutan hari tertentu..ekekeke

inila boyfriend baru i (walaupun bukan model baru..tapi sangat2 bersyukur..takyah bawak digicam besar lg..setegar2 blogger pun adekalenye segan jugek..hihih)

untuk kenangan..ni gambar yang pertama diambil dengan hp ni..tp tak pndai setting lagi..so gelap skit.. (tapi jelas giler freckles ku itu)

dan seterusnye...

Perbualan suami isteri 2 seminggu sebelum mothers day
miss D: sayang ni kan bang, pakai mcm2 produk..tp muke tak cun jugak..ade orang kate once kite nak cube produk baru,better kalau kite buat facial..barula meresap baik punye bende baru.
mr.A: yerla..nanti awak pegila..duit awak..bukan duit abang
miss D: ciss!!

seminggu kemudian..Mr.A telah terlupe untuk bangun pagi di hari minggu..dan menyebabkan Miss D tarik muke sebab anak takde sape nak jage..
minggu berikutnya..kebetulan jatuh tarikh Mothers Day..jadi ~ "awak buatla facial..abang bayar"..

memang menarik..keh keh keh..untung aku..
pemandangan dalam "Tamarind Spa"..cosy dan ambience yang menyebabkan saya rase nak datang lagi

Moral: Sebelum hari-hari tertentu itu,mulela memikirkan beberapa idea munasabah..hihih

so,saya nak ucapkan time kasih banyak2 pada abah tomot yang terpaksa-rela melayan ummi (eh..terpakse ke?)
kalau sayang ade duit,sayang blikan abang bende ni..abah gembira..tomot gembira..ummi lagi gembira sebab takyah dukung tomot..hehe
tapi..bile ummi nak ade duit ekk?
 ada sama tak?hehe


love u abang!!

Tuesday 11 May 2010

Mothers Day 2010

Salam semua.

rasenye tak terlambat nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua..rasenye dalam hidup ni,menjadi ibu adalah perkara paling berharga dan tak boleh digambarkan dengan kata2..bila kite mengandungkan anak selama 9 bulan dan kemudian melahirkan dengan segala kepayahan..membesarkan...(and the list goes on....)
moment2 bersama anak adalah sangat manis untuk dikenang..

tahun lepas kami sambut Mothers Day di hospital..tahun ni sambut agak meriah jugak..untuk raikan mama dan ummitomot..the only mother in our small family.
tahun ni kebetulan semua adik beradik (kecuali sorg je yg terpakse keje),ada..yang di KL dan Terengganu pun balik,so seperti biase..mestila saya akan masak..rasenye kalau adik-adik balik and saya tak raikan macam tak best jer..
selalu masak2 dirumah mama..tapi kalini kat rumah saya..
tapi msk simple jerla..mane yg terdaya oleh org brnk kecik..ni pun import sorg adik tolong dl..hehe
siakap sweet sour - ayam goreng berempah -sup sayur..takde yg pedas2 sangat..sebab boleh bg Tomot makan =)

dikesempatan ini saya nak mengucapkan "Selamat Hari Mama" untuk mama saya,Norashikin Ismail a.k.a Nenektomot kerana kasih sayang dan pengorbanannya yang tak ternilai kepada kami..
"walaupun kakak ni selalu gaduh-gaduh manja ngan mama..tapi kakak sayang mama sangat-sangat..terima kasih sebab jagakan Zahra dan terima kasih kerana menjadikan kakak seperti kakak yang da sekarang"..I love you so much!!!
saaaaayang nenek!!!

ape abah bagi ummi ekk?
entry lepasni la..
da.....

Thursday 6 May 2010

musim orang bersalin..

salam Khamis ..

sejak 2-3 minggu ni memang betul2 musim orang bersalin..seronok sangat bagi pihak kawan2..diri sendiri pulak rase macam tak sabar-sabar nak dapat baby lagi..
dalam minggu ni kitorang saje bagi Tomot tengok video die time baru-baru dilahirkan dulu..die buat muke super pelik,entah sape budak bulat yang menangis nyaring tu agaknye ekk..

semoga kawan-kawan saya diberi kesihatan yang baik dan kuatkan semangat menjaga anak kecil masing-masing..

sangat rindukan moment tersebut!

kepada UmmiSalsabila yang sedang menunggu hari..mudahan selamat semuanya..

bilela dapat jumpe baby2 ni..(sori geng..aku curik dr blog korang..hihi)
baby Aisyah Humaira,anak Shu

baby Irfan anak Denot..
welcome lil' calliph!

Tuesday 4 May 2010

kursus excel tahap 2

i'm currently out of the office.
dah ganyut baru nak attend kursus microsoft excel..
tahap 1 tak pegi,truuuuus g tahap 2..ingat senang ke?

baru tau boleh link dari excel ke words,pastu kalau ko buat perubahan kat excel,automatik trus ubah kt words yang di link tadi..
ape??korang dah tau..
memang makcik ni lambat!!keh keh keh

banyak lagila belajar..tapi rase bengap macam belajar WordPerfect tahun 95 dulu..
kawan2 SEMESTI,korang ingat tak cikgu lilian lagi?hehehe

daaaaa...