Sunday 29 March 2009

keji! ~ buat pedoman semua ibu

salam hari minggu..

lil' princess tidur nyenyak,saya keseorangan kerana aboh kite ke KL (miss you my dear)

dari semalam saya nak masukkan entry ni,tapi alkisah sibuk sangat..layan anak dan perasaan..hati saya sakit!!saya rasa kecewa dan sedih..saya menangis dalam hati..

ok..kita teruskan ke cerita panas (macam melodi yang sambil2 saya tengok ni).

*di bawah adalah cerita benar dan bukan rekaan saya

kire2 10.09am semalam..sy dapat sms yang berbunyi begini

"Dila,anak ko anta kt bb sitter tu ada bdk/ank/cucu lelaki tk duduk dengan dia?kalau ada,monitor la sll,anak ko.anak sdara aku skrg kt spital.kes kne cabul dgn anak bb sitter.tgktn 3,sampai takleh kencing n berak.sakit.dah jadi kes polis polis.anak sedare aku tinggal kat sane dr leps pantang smpai skrg umo 4thn. bile smlm die ngadu sakit,g cek pakar ada kesan baru n lama.anak sdara aku dah pndai cerita apa yg jadi.kesian sangat"

Saya amatla tersentap....sahabat yang mengirimkan sms ni kepada saya adalah kawan lama yang kami sama2 meniti pengalaman baru sebagai ibu.hampir setiap hari kami akan bergoogle talk mengenai pelbagai isu anak termasuk breasfeeding..jadi saya rs amat rapat dengannya walaupun bertahun-tahun kami tak berjumpa..sms tak terhenti setakat itu..

"aku pun tak sangka.dah 4thn duk ctu.akak yg jg tu baik sgt.meraung akaktu tau anak dia wat cmtu.dia ada lam umh.anak sdara aku kata masa tu org jg dia tgh masak.kdg2 tgh mndi.sempat bdk tu wat mende tu.kecewa sungguh aku.terkilan.aku knl bdk tu. die suh anak sdare aku...(saya tak smpai hati nk share sumenye..)pttla dia nangis2 taknak pegi rumah orang tu.dia sakit,takleh berak.skrg akak n abg ipar aku tak berenti ngalir air mata..."

alahai..saya pun hampir mengalir air mata..sedih betul rsnye.. (sekali lagi sy taknakla share semua..walapun saya mintak permision sahabat saya itu untuk menulis di sini buat peringat ibu-ibu yang mengikuti blog saya,tp cukupla saya cerita ringkasan sahaja)

nak dipendekkan cerita,anak sudara sahabat saya ni dibawa berjumpa pakar psikologi kanak-kanak dan dia menceritakan secara terperinci apa yang dilakukan oleh anak pengasuh itu.dan dia tak mengerti langsung yang semua tu adalah perbuatan paling keji dilakukan kepadanya! sahabat saya yang bercakap sendiri dengan anak saudaranya ni cakap this little girl hepi2 cerita nak pegi jumpe doctor..sayu hati saya..

sehinggalah petang semalam..sms yang sy dapat,

akak n abg ipar aku tarik balik kes.kesian kt bb sitter tu.tp skrg dorg failkan semula sbb bb sitter tu tuduh anak sdare aku yg umo 6thn wat adik dia tu.akak aku sedih sgt.dhla anak ppuan die kene cmtu,anak llki die plak kne tuduh,pdhal anak dia terang2 cerita semua yang jadi.pakar kanak2 kata,bdk sebaya tu tk reti menipu,create cite detail"

apa perasaan anda sume?geram tak?tetiba budak yang umor baru 6 thn plak kene tuduh..

sehingga pg td,kes tersebut masih dlm siasatan polis..saya harap budak lelaki yg KEJI tu akan menerima balasan setimpal.

yang saya nak highlight, anak saudara sahabt saya baru je berusia 4 thn (apala yang dia tahu),yang lelaki tu plak baru je tingkatan 3..dari lps pntang mak dia babysit anak saudar kawan saya..takda perasaan sebagai adik ke?maknya pulak boleh lagi nak backing..mungkin kerana sayang anak..tapi tak patut langsung awak tuduh anak yang 6thn tadi kan..yang paling teruk sekali,perbuatan terkutuk tu dilakukan semasa pengasuh tu di rumah.

nauzublillah hi minzalik..perasaan saya bercampur baur..saya juga takut,..

saya memandang lil' princess yang sedang nyenyak sekali ..hati ummi sayu nak..

" Ya Allah, lindungilah anakku sepanjang dia tidak berada dalam jagaanku..sesungghunya Kaula yang Maha Melindungi"..

saya berharap semoga kakak kepada sahabat saya itu diberi kekuatan untuk menghadapi tragedi ini..semoga coretan kali ini akan menjadi pedoman kepada semua ibu-ibu yang mempunyai anak perempuan seperti saya.

Saturday 28 March 2009

additional value


salam hari minggu...

asyik cerita masak,suri rumah,anak pun kadang-kadang kene jgk jadi wanita berwawasan..jom kite bukak topik pasal additional value.

sebenarnya tak kirala wanita berkerjaya ke,suri rumah ke,atau sesiapa pun kita,mmgla penting kalau ada addtional value..antara lain (jom kita menulis style che' det)

  1. Supaya kita lebih kreatif dalam kehidupan
  2. Kepelbagaian ilmu boleh menyediakan kita untuk menjadi individu yang lebih berkesan kepada keluarga dan masyarakat
  3. Mungkin boleh menjadi faktor untuk menambah pendapatan..mane tau?

Additional value ni tak kirela sama ada kita pandai buat kek ke,kuih muih ke,pandai bahasa lain atau kemahiran lain..bagi yang "kerastangan" seperti saya..menjahit ataupun cross stitch is a big no no..kang sendiri terbelit benang kait..hehehe.Ada ramai surirumah yang saya ikuti blog mereka memang menjadikan kemahiran masak sebagai punca pendapatan tambahan keluarga,walaupun suami mereka big player dan dikategorikan agak mewah juga kehidupan mereka.. (kalau nak tau siapa mereka..tu yang kat tepi blog list tula orang2nya)

Salah 1 additional value kita adalah kemahiran berbahasa ketiga (sebab BM dan English wajib masuk dalam list)..Sekarang aboh kite masuk class bahasa Mandarin .Setiap Sabtu,dari pukul 2 hingga 5 petang aboh kita akan ke dunia barunya..saya agak skeptikal pada mulanya..tapi dia cakap,jadila..untuk pandai borak dengan tokei workshop ataupun kedai runcit..(puas ditipu pasal repair kereta..maklumla..orang berebut pakai kereta baru kita plak sibuk nak pakai kete continental ..2nd hand jela yang mampu..hehe)..ikuti lewat penulisannya tentang kelas mandarin yang diikuti di sini  http://azezul.blogspot.com/2009/03/mengapa-kita-perlu-menguasai-bahasa.html

kalau tak silap,ada sorang sahabat saya (pemilik talam kuning nun di ukrain) pun dah mula pada bidang lain..penulisan,sedangkan dia adalah bakal doktor..kagum pulak saya baca tulisannya semalam.karyanya telah diterbitkan di salah sebuah majalah kanak-kanak..tahniah ye!! (you know who you are )

lagi satu semalam..saya baru berkenalan dengan seorang gadis..baru umur 22tahun,sedang mengikuti kelas spenuh masa dalam bidang perakaunan di salah sebuah universiti dan dalam masa yang sama ambil part time bidang kulinari di kolej lain..baru 22 tahun,tapi dia punyai banyak "nilai tambah"..

tepuk dada tanya selera..apa agaknya langkah kita yang seterusnya?

Thursday 26 March 2009

Exhausted

Salam..

Hati saya teringin benar nak jadi suri rumah sepenuh masa,duduk di rumah,tengok anak membesar..Tapi apakan daya..perlu keluar bekerja demi membangunkan keluarga yang baru setahun jagung ni.

Semalam rasa penat sangat..penat sangat...
Balik keje,letak anak,letak beg,main dengan anak kejap..
anak diam sekejap terus pegi dapur tengok apa nak masak..
kejap lagi anak nangis lagi,aboh kita kata anak nak susu..nyusukan anak sampai dia tidur plak..
tengok jam dah nak maghrib,takpela..basuh baju batik aboh kite,esok dia nak pakai..basuh tangan plak..rendam sekejap..celup-celup,rendam balik dalam softener biar la dulu.
Teringat pulak kat dapur tadi,kopek bawang halfway..
sambung balik..
eh..tak solat maghrib lagi rupenya..
tekejar-kejar lagi..kalau ada pengawas macam kat sekolah dulu sure kene marah aku ni..hehe
siap-siap solat,sambung masak,anak pulak terbangun..aduhai..stop lagi..
aboh dia pegang kejap,masak cepat-cepat..hidang makan..ambik anak..susukan balik sampai dia tido semula,aboh kite makan sorang-sorang..kesian..
lepas aboh makan..saya dah tidokan anak,barula dapat makan..nasi pun dah sejuk..jam pun dah pukul 9 lebih..
makan senyap-senyap..sorang-sorang,sedih-sedih..
basuh pinggan semua..kemas dapur..
eh,baju lil'princess belum masuk beg untuk hantar kat baby sitter esok..lipat baju die plak,kemas gitu gini..

la.........lupe 1 bende penting..rupenye diri ini belum mandi lagi...muahahahaha

apelagi..mandi ekspress rakyat..sejuk oo..dah pukul 10mlm..hujan plak tu.solat isyak pulak..
dum! terus terjelepok atas sejadah..PENAT..

taktaula kalau saya yang baru anak sorang ni belum pandai adapt dengan suasana baru kan..orang lain mungkin tak macam ni.

mood pun takde nak borak dengan aboh..
nak mintak maid?aduh..tak payahla..8k nak buat permit tu baik buat downpayment keter baru ke,rumah baru ke kan..haha..berangan..

padahal penat kat office rasanya belum hilang lagi ni..

agaknya yang di luar sana,macamana ye uruskan kehidupan serba padat macamni?ada cara tak?boleh share tips ngan saya?

p/s:kagum betul dengan sis LG dan kak ummi yang sibuk keje,tapi everynite boleh buat dinner sedap2 for their families..

Wednesday 25 March 2009

facelift

salam..

just come out with new template..i loike!
i'm a colourful person and to be specific,i really love pastel colour..
i hope with this new template i will make myself hardworking (is this the right word for this?) to update my blog.

anyway! I welcome all readers to enjoy this blog new image..


Tuesday 24 March 2009

how well do I know my husband



telah di tag oleh kak aida untuk kali ke 3 tapi yang kedua belum buat lg..ngee


This is our picture during our wedding reception at my IL's.We have tie the knot on Feb, 8 2008. Baru setahun lebih je kawin..so ni kira pengamatan setahun je la lebih kurang..lagi lama mungkin lain agaknya..

well..how well do i know my husband?
So,we go straight to the questions

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
Dia jarang sekali tengok tv, kecuali tengok DVD,mostly action movie.Sejak kawin saya pun dah jadi terikut tengok action movie.

2. You're out to eat, what kind of dressing does he get on his salad
Jarang sangat aboh kite makan salad..1 thing for sure he likes,campur2 dressing - mayo+thousand island+creame cheese

3. What's one food he doesn't like?
lauk yang mak dia tak penah masak..aduhai..susah betul bab ni..slowly saya kene ajar die terima lauk orang lain..

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Semestinye kopi kaw (cawan mas ataupun kopi cap tv..mcm org tua..ngee..jangan marah ye bang)

5. Where did he go to high school?.
Sek. Men. Nitar

What size shoe does he wear?
Size 6

7. If he was to collect anything, what would it be?
Orchid and bonsai

8. What is his favorite type of sandwich?
Sardin / tuna / sausage / egg..belasah je..sume makan

9. What would this person eat every day if he could?
Ikan tilapia goreng

10. What is his favorite cereal?
Oat

11. What would he never wear?
Baju nampak ketiak..hihi..selama kawin memang dia tak penah pakai baju macamni

12. What is his favorite sports team?
Dia tak suka sports sangat..

13. Who did he vote for?
Mase PRU12 kami tak mengundi..PRU13 nanti..hehe..rahsia..

14. Who is his best friend?
Zali+Aroy~Lifetime best buddy
Lan+Amir+Shah+Abg Man ~Officemate yang isteri-isteri mereka juga jadi kawan baik saya
Abg Lan~His sifu in business

15.What is something you do that he wishes you wouldn't do?
Mengeluh selalu..nak beli macam-macam,ada duit nak beli..tapi saya kedekut sikit untuk diri sendiri..
Maafkan sayang ye..dah habit nak buat camane

16. What is his heritage?
100% Melayu (taktaula kalau ada darah bugis ke palembang ke..)

17. What is his favourite colour?
As long as the colour is not striking

18. What is his habit?
Kunyah biji kopi..hahaha..tapi sekarang da kurang buat.
Habit baru..bersihkan white head kat hidung..adoi..sayang pun tak nyempat nak buat

19. What is he proud of?
Mestila Fathimah Zahra bt. Azezul his cute lil'princess
and also his handmade rumah orkid,rumah burung and collection of orchids..

Lastly, do you think he will read this?
Yes..I will force him to read and give mark for all these answer..muahaha

ok,saya nak tag;-
1.Siti
2.Kak Anum
3.Yoi

Silala ambil ye...

Friday 20 March 2009

zahra is now 3 months!!



Salam..

Above is Zahra's pic during her 1st month..sweet kan?

Nowaday,she's not a camera friendly anymore,so we got a loooot of her "garang and mata buntang"pic in our folder..oh my girl, could you please give ummi your sweetest smile,to be save in my heart?

Zahra's development diary as to date;-
  1. Dah boleh meniarap,tapi nangis kalau tak boleh tebalik

  2. Kalau ummi lambat bg susu..sumbat jari sendiri dalam mulut..bukan 1 jari..tapi 1 buku lima..aduhai..nasib baik comel buku lima awak tu

  3. Dah pandai main sendiri, and hold her toys..(ummi screamed when first saw it and shout to abah to get camera)hehe

  4. Pandai berlakon,kalau letak je,mesti nangis takde air mata,angkat suke..eii..ummi geget pipi tu kang

  5. Pandai nak berborak,walaupun pukul 4 pagi..aduhai anak

  6. Berangan nak duduk,asal letak atas bantal yang agak tinggi,mula nak angkat leher macam nak duduk sangat

Alahai..rindunya budak tu......

p/s; blk umah nanti update latest pic of her..macam dah lame sangat tak upadate,sepi sangat blog daku ini







Tuesday 17 March 2009

rezeki anak..

Syukur ke hadrat Allah S.W.T,akhirnya Dia mendengar doa saya untuk mendapat pekerjaan yang membolehkan saya memberi banyak masa pada keluarga (insyAllah) dan pastinya "less stress and hassle".




kembali berkhidmat ke universiti sendiri memang saya inginkan, tapi tak sangka pulak dapat..hari sebelumnya kami sekeluarga kecil ni meraikan berita baik tentang kerja aboh kite, bukan big celebration pun,cuma memberi sikit buahtangan pada pengasuh lil'princess,disambut dengan senyuman dan doa "mudahan murah rezeki korang"..


masin betul mulut makcik tu bila esoknya saya pulak menerima khabar gembira..


takdir Allah memang takkan kita sangka..bukan senang nak menghadapi "grouped interview"..kita akan rasa takut dengan keredibiliti orang lain,tapi hanya Allah yang lebih mengetahui..


I have tendered my resignation,and will officially report duty on May..


Oh,how I miss to be here again..
.

Wednesday 11 March 2009

takde rotan..akar pun berguna..

oh no..i'm not gonna hit my lil' princess..



jadi wanita berkerjaya ni,nak jadi surirumah cuma 2 hari je..sekonyong2 hari minggu menjelma,macam-macamla resipi menerjah dalam fikiran ni..mana taknya kalau hampir setiap hari tengok blog kak ummi,cik mat,kak liza,rinnchan...mestila nak try jadi isteri mithali macam diorang kan...opppss..exceptional to cik mat la..hehe



so,dipendekkan cerita..pagi ahad tu jenguk peti ais..ku nmpk santan kotak yang dah dibukak..daging semalam yang dah siap rebus,and sayur kacang buncis..disebabkan ada santan tu,tibe2 terfikir..dah lama jugak tak buat nasi lemak..



jeng3..siap juga nasi lemak..tapi segan plak letak gambar sebab regu dia memang lain benar..(kalu orang tua2 tengok memang kene kutuk habis kot).lauknye..
~sambal daging (ganti sambal tumis)
~goreng kacang buncis (ganti timun)
~ikan talapia goreng (ganti ikan bilis goreng)..
ape-apela kan..yang penting kenyang and dapat berangan sekejap jadi isteri mithali..heheh

and they live happily ever after..........

Selama hidup sebagai wanita yang matang (eceh!) saya kerap bereksperimen untuk mengahwinkan sabun basuh tak kirala liquid ataupun yang serbuk dengan softener yang sesuai..

biasala kan..hidup ni mesti ada try and error......

daripada brand yang mahal2 sampaila ke brand yang agak biase saya cuba jugak..hanya satu matlamat..nak dapat baju yang yang bersih and kewangiannya kekal sehingga menaikkan modd untuk melipat baju..hehe



baru-baru ni..saya telah mengahwinkan "biozip floral" dan "downy 4X -antibac"..setakat ni dah berjenis downy sy gunakan..tp nampaknya perkahwinan kali ni paling menjadi..saya suka sangat!!!



walaupun biozip floral tu masuk dalam kategori sederhana..bukan macam dynamo or breeze,saya tetap pada jenama ini..selain alasan harga..baju yang dibasuh dengan pencuci yang dikatakan "berkuasa" biasanya akan melunturkan warna baju-baju saya..aduhai..sayangnya bila baju kerja semakin cepat nampak buruk..tapi lain orang lain tastenya..



menggunakan softener jenis downy memang menjimatkan,memang betul..tak perlu letak sampai 1 penutup..setengah je pun ok dan kewangiannya..ade umppphh!! (macam iklan pulak ye)



so berbalik pada perkahwinan tadi,..saya rasa setakat ni saya takkan bertukar..selagi baju2 kami sekeluarga tetap wangi,senang nak digosok and saya akan semakin rajin untuk melipat baju..heheheh

Thursday 5 March 2009

:tag:

salam...

1st time di alam maya ni di tag oleh kak aida. kene jawab 5perkara, apa-ape yang berkaitan dengan "sebelum-selepas"..since "aboh kite" pun tidur awal n lil' princess pun sama..jadi bolehla menjawab tag yang agak menarik ni..so,macam kak aida jugak..saya pilih "sebelum dan selepas kehadiran lil' princess dalam kehidupan saya.

here goes the list.......(terrrrajin pulak..saya bahagikan yang paling obvious sampai yang takde beze sangat..)

1. Sebelum ni,kalau bangun pagi mesti nak kemas katil sampai tegang cadar macam kat asrama..maklumla duk boarding school 5tahun,tambah uni lagi 3tahun..kalau aboh kite kemas mesti tak puas hati,mesti nak tegangkan balik..sekarang, hahaha..pasrah je dengan perfomance aboh kite..die nak tolong kemas pun da kire baik sangat..sebab ummi memang tak sempat sebab siapkan macam-macam untuk mek kenit tu

2. Sebelum ni, bolehla dikatakan rajin jugak nak masak almost everyday,nak gemukkan aboh kite kononnye,sekarang...siap tanya lagi kat dia "kalau malam ni kita makan biasa2 boleh tak".. (makan biase meaning makan chips or ayam crispy ayamas-sentiasa ada dalam stok..hehe)..

3.Sebelum ni bangun tido ngam2 dengan masa nak mandi,subuh and siap untuk kerja,sekarang..ada 1 lagi budak mau disiapkan..so kene bangun awal..(nasib baik tak ngantuk kat office)

4. Sebelum ni, kalau shopping mesti nak jugak tengok baju untuk diri sendiri walaupun tak dapat beli..sekarang..bo layan...tengok baju-baju untuk lil' princess lagi best..kecantikan diri sendiri tak penting,anak sendiri nak lagi lawa.. p/s: sampaikan nak pegi kenduri kawin belikan baju anak..sendiri pakai baju 2tahun lepas pun takpe..padahal bukan dia tau ape pun.

5. Sebelum ni, kadang2 kat office ngular jugak..(biasela kan)..selepas adanya lil' princess dalam hidup ummi..ummi lebih dedikasi and komited sikit..sebab nak buat kejer cepat nak balik awal..hari-hari rindu kat dia..

kak aida suh 5..saya tambah 1 lagila..

6. Sebelum ni..sayang kat aboh kite..selepas lil' princess lahir,makin sayang kat aboh kite..sebab paling memahami ummi (macam takde beza ke?)..ada..cuma hati yang tau =)
ehem ehem..walaupun ummi agak kuat membebel sekarang,tapi ummi tak marah2 kan?

so saya nak panjangkan tag ni kepada
1. Aboh kite
2. Bakal doctor nun jauh di ukren.

jawab jangan tak jawab ye..

Tuesday 3 March 2009

Kelahiran 1 permulaan


Salam..


Pernah dengar tak orang kate, "mase lahir dulu kaki kite besar 2 jari ibu je"..Saya pun ambil peluang untuk measure kaki zahra..meemannng..besar 2 jari saya je.


Bile kenang kembali,semua manusia bermula begini,kalau tak kecik,takdela besar..kalau tak mula takdela akhir..


Kelahiran lil'princess ibarat 1 permulaan bagi saya,permulaan untuk menjadi seorang ibu,menjadi seorang yang lebih dedikasi untuk rumahtangga,kerjaya dan segalanya..hanya dengan 1 kelahiran telah memberi impak besar..


Kesabaran menjadi kunci untuk berjaya dalam cabaran ini. Bunyi macam mudah..tulis pun mudah,tapi nak melaksanakannya..hanya yang melalui akan merasai.


Hari ini, lil'princess baru berusia 2bulan 16hari..suka tersenyum buat ummi dan abah rasa bahagia..sehingga hari ini, lil'princess dah mula tidur mengiring,pegang ummi time menyusu and response to lampu..suke sangat tengok lampu yang menyala..Alhamdulillah..sekurang-kurangnya saya dah pasti 5deria tu dapat berfungsi,risau jugak mase dulu-dulu kan..bilela baby nak nampak..hehe


ok..sampai di sini..


tata!!