salam hari minggu...
asyik cerita masak,suri rumah,anak pun kadang-kadang kene jgk jadi wanita berwawasan..jom kite bukak topik pasal additional value.
sebenarnya tak kirala wanita berkerjaya ke,suri rumah ke,atau sesiapa pun kita,mmgla penting kalau ada addtional value..antara lain (jom kita menulis style che' det)
- Supaya kita lebih kreatif dalam kehidupan
- Kepelbagaian ilmu boleh menyediakan kita untuk menjadi individu yang lebih berkesan kepada keluarga dan masyarakat
- Mungkin boleh menjadi faktor untuk menambah pendapatan..mane tau?
Additional value ni tak kirela sama ada kita pandai buat kek ke,kuih muih ke,pandai bahasa lain atau kemahiran lain..bagi yang "kerastangan" seperti saya..menjahit ataupun cross stitch is a big no no..kang sendiri terbelit benang kait..hehehe.Ada ramai surirumah yang saya ikuti blog mereka memang menjadikan kemahiran masak sebagai punca pendapatan tambahan keluarga,walaupun suami mereka big player dan dikategorikan agak mewah juga kehidupan mereka.. (kalau nak tau siapa mereka..tu yang kat tepi blog list tula orang2nya)
Salah 1 additional value kita adalah kemahiran berbahasa ketiga (sebab BM dan English wajib masuk dalam list)..Sekarang aboh kite masuk class bahasa Mandarin .Setiap Sabtu,dari pukul 2 hingga 5 petang aboh kita akan ke dunia barunya..saya agak skeptikal pada mulanya..tapi dia cakap,jadila..untuk pandai borak dengan tokei workshop ataupun kedai runcit..(puas ditipu pasal repair kereta..maklumla..orang berebut pakai kereta baru kita plak sibuk nak pakai kete continental ..2nd hand jela yang mampu..hehe)..ikuti lewat penulisannya tentang kelas mandarin yang diikuti di sini http://azezul.blogspot.com/2009/03/mengapa-kita-perlu-menguasai-bahasa.html
kalau tak silap,ada sorang sahabat saya (pemilik talam kuning nun di ukrain) pun dah mula pada bidang lain..penulisan,sedangkan dia adalah bakal doktor..kagum pulak saya baca tulisannya semalam.karyanya telah diterbitkan di salah sebuah majalah kanak-kanak..tahniah ye!! (you know who you are )
lagi satu semalam..saya baru berkenalan dengan seorang gadis..baru umur 22tahun,sedang mengikuti kelas spenuh masa dalam bidang perakaunan di salah sebuah universiti dan dalam masa yang sama ambil part time bidang kulinari di kolej lain..baru 22 tahun,tapi dia punyai banyak "nilai tambah"..
tepuk dada tanya selera..apa agaknya langkah kita yang seterusnya?
No comments:
Post a Comment