salam hari minggu..
lil' princess tidur nyenyak,saya keseorangan kerana aboh kite ke KL (miss you my dear)
dari semalam saya nak masukkan entry ni,tapi alkisah sibuk sangat..layan anak dan perasaan..hati saya sakit!!saya rasa kecewa dan sedih..saya menangis dalam hati..
ok..kita teruskan ke cerita panas (macam melodi yang sambil2 saya tengok ni).
*di bawah adalah cerita benar dan bukan rekaan saya
kire2 10.09am semalam..sy dapat sms yang berbunyi begini
"Dila,anak ko anta kt bb sitter tu ada bdk/ank/cucu lelaki tk duduk dengan dia?kalau ada,monitor la sll,anak ko.anak sdara aku skrg kt spital.kes kne cabul dgn anak bb sitter.tgktn 3,sampai takleh kencing n berak.sakit.dah jadi kes polis polis.anak sedare aku tinggal kat sane dr leps pantang smpai skrg umo 4thn. bile smlm die ngadu sakit,g cek pakar ada kesan baru n lama.anak sdara aku dah pndai cerita apa yg jadi.kesian sangat"
Saya amatla tersentap....sahabat yang mengirimkan sms ni kepada saya adalah kawan lama yang kami sama2 meniti pengalaman baru sebagai ibu.hampir setiap hari kami akan bergoogle talk mengenai pelbagai isu anak termasuk breasfeeding..jadi saya rs amat rapat dengannya walaupun bertahun-tahun kami tak berjumpa..sms tak terhenti setakat itu..
"aku pun tak sangka.dah 4thn duk ctu.akak yg jg tu baik sgt.meraung akaktu tau anak dia wat cmtu.dia ada lam umh.anak sdara aku kata masa tu org jg dia tgh masak.kdg2 tgh mndi.sempat bdk tu wat mende tu.kecewa sungguh aku.terkilan.aku knl bdk tu. die suh anak sdare aku...(saya tak smpai hati nk share sumenye..)pttla dia nangis2 taknak pegi rumah orang tu.dia sakit,takleh berak.skrg akak n abg ipar aku tak berenti ngalir air mata..."
alahai..saya pun hampir mengalir air mata..sedih betul rsnye.. (sekali lagi sy taknakla share semua..walapun saya mintak permision sahabat saya itu untuk menulis di sini buat peringat ibu-ibu yang mengikuti blog saya,tp cukupla saya cerita ringkasan sahaja)
nak dipendekkan cerita,anak sudara sahabat saya ni dibawa berjumpa pakar psikologi kanak-kanak dan dia menceritakan secara terperinci apa yang dilakukan oleh anak pengasuh itu.dan dia tak mengerti langsung yang semua tu adalah perbuatan paling keji dilakukan kepadanya! sahabat saya yang bercakap sendiri dengan anak saudaranya ni cakap this little girl hepi2 cerita nak pegi jumpe doctor..sayu hati saya..
sehinggalah petang semalam..sms yang sy dapat,
akak n abg ipar aku tarik balik kes.kesian kt bb sitter tu.tp skrg dorg failkan semula sbb bb sitter tu tuduh anak sdare aku yg umo 6thn wat adik dia tu.akak aku sedih sgt.dhla anak ppuan die kene cmtu,anak llki die plak kne tuduh,pdhal anak dia terang2 cerita semua yang jadi.pakar kanak2 kata,bdk sebaya tu tk reti menipu,create cite detail"
apa perasaan anda sume?geram tak?tetiba budak yang umor baru 6 thn plak kene tuduh..
sehingga pg td,kes tersebut masih dlm siasatan polis..saya harap budak lelaki yg KEJI tu akan menerima balasan setimpal.
yang saya nak highlight, anak saudara sahabt saya baru je berusia 4 thn (apala yang dia tahu),yang lelaki tu plak baru je tingkatan 3..dari lps pntang mak dia babysit anak saudar kawan saya..takda perasaan sebagai adik ke?maknya pulak boleh lagi nak backing..mungkin kerana sayang anak..tapi tak patut langsung awak tuduh anak yang 6thn tadi kan..yang paling teruk sekali,perbuatan terkutuk tu dilakukan semasa pengasuh tu di rumah.
nauzublillah hi minzalik..perasaan saya bercampur baur..saya juga takut,..
saya memandang lil' princess yang sedang nyenyak sekali ..hati ummi sayu nak..
" Ya Allah, lindungilah anakku sepanjang dia tidak berada dalam jagaanku..sesungghunya Kaula yang Maha Melindungi"..
saya berharap semoga kakak kepada sahabat saya itu diberi kekuatan untuk menghadapi tragedi ini..semoga coretan kali ini akan menjadi pedoman kepada semua ibu-ibu yang mempunyai anak perempuan seperti saya.