Sunday 30 August 2009

lil'princess dan patriotik


salam ramadhan kareem..


sedikit waktu dulu saya dan suami berkira-kira tentang sikap dan personaliti kami berdasarkan tarikh lahir..dan terfikir tentang kepentingan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan serta special attribute lil'princess. tujuan utama adalah supaya kami menyesuaikan teknik untuk mendidik lil'princess.jadi..untuk anak dara sulung kami yang lahir bulan Disember ni,inilah rahsia tarikh lahirnya mengikut kajian Dato' Dr. Fadzillah Kamsah ;-


DISEMBER
Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi.
Suka bercampur dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang mudah berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran logik


jadi..salah 1 sifat dalaman dia adalah patriotik..hihih..kami berdua tergelak besar dan teruuuuuus nyanyi lagu negaraku kepada lil'princess dan-dan tu jugak..sambil dia terkebil2..

mm..kajian ni nampak mudah je bunyinye,tapi tahukah anda,dengan menjangkakan sifat dan sikap anak-anak kita pada masa akan datang sangat membantu kita membuat keputusan,memberi tunjuk ajar dan bersedia menerima pendapat dia.

saya selalu percaya bahawa semua manusia berbeza dan kita sangat perlu menghargai perbezaan itu..


jadi,kami suami isteri masih lagi tercari-cari cara mendidik anak yang patriotik..

any idea? =) or anyone with Dec. baby perhaps you can share your thought on raise them..


thanks alot!!!!

Tuesday 25 August 2009

lil princess at her 7th month and a lil'bit of 8th month..

bersama abah di Pesta Orkid dan Bonsai Antarabangsa,Danga Bay

Salam semua..dek kerana kesibukan yang terlampau,saya tak sempat nak update development lil'princess during her 7th month..sekarang dah masuk 8 month dah pun.so lump sum sekalila..hehe
actually,bulan ke7 ni memang paling mendadak perkembangan dia..macam-macam benda dia dah boleh buat,sampaikan ummi tak sempat nak ambik gambar pun..(alasan tak kukuh langsung)hehe..
Paling ketara dia dah dapat merangkak and duduk and berdiri..semuanya dalam jangka masa singkat ni.Masa dia dah angkat2 punggung pastu jatuh bedebush sian tengokkan,pastu 1 hari kat rumah tokmak (BS), die dah boleh merangkak 1-2 langkah..punyela ummi excited sampai termenjerit kecil kt rumah orang tu..hehe..
pastu ingatkan die nak merangkak jauh,rupenye tak,die memang dapat 1-2 step pastu terus duduk plak!! mingkin sebab dia dah dapat duduk awal,so merangkak memang bukan agenda utama dia kot..hehe..pastu sekarang dah mula berdiri,asal nampak ade benda yang boleh dipegang,mesti nak cube berpaut and berdiri.tak kisahla kerusi ke,meja ke,orang ke,tin biskut ke,pastu siap berangan nak lepas tangan..hehe..alhamdulillah..syukur ummi sebab die berjaya melepasi 3 tahap ni dengan cepat..sekarang pun dah mule merangkak jauh..
gigi?haha..gusi bengkak dah lame,tapi lum nampak rupe gigi lagi..air liur meleleh,suke menyembur2..dah tak lamela tu..mungkin nak jadi gigi raya kot. =)
dari segi pembelajaran pulak,selain abc,ummi dah introduce dengan numbers and few simple words. sangat teruja dengan ummihassan yang trained hassan mathematics,sehinggakan hassan umur 3 tahun dah terer darab bahagi..and in his 4th years now boleh count 1-100 in spanish tau..lagi 1 tengok marsha ajar qila kenal animals through bunyi,ummi pun dah mule jugak..ternyata dia suke..and penatla nak mengingat bunyi2 haiwan..(macam zoo sikitla umah tu)hihi..pasal pembelajaran lil'princess ni saya ada sebab buat macamni,takpela..tu simpan lain entry..
mm..lil'princess adalah peminat setia+fanatik upin ipin dan montaj2 stesen tv..memang obvious..kalau tengok upin ipin tu tersengih sorang2,pastu becakap bahasa die..sampaikan ummi n abah dah jadi hafal dialog upin ipin tu and cerita kat die..kalau nak potong kuku die memang degil sikit,kecuali dah bukakan upin ipin..terus behave tak pasal2..montaj ntv7 yang bubble2 purple tu memang die suke sangat..bile dengar muzik tu die terus cari..yang tv3 punye die kureng..katun pun tak sume die tengok (bagusla tu)hehe..
dari segi language (la sangat)..die dah boleh sebut abah dengan jelas..2 bulan dulu pun jelas,tapi sekarang die dah pandai panggil abah..pastu words terbaru "eteh"..hahaha..kelakar..terbangun tengah malam,merangkak atas katil,sebut "eteh"pastu tertidur balik..lagi 1 mama..agaknye susah sangat nak sebut ummi kot..dan bermacam2 lagi perkataan yang hanya dia memahami..yang penting kalau kita nyanyi,die pun nak nyanyi ye puan2..
apelagi?oh ye,dari segi emosi,die dah mule pandai tunjukkan rase marah,geram,and ketawa mengekek2 tanda seronok yang amat..terutamanya bile ummi buat2 sakit kalau die gigit (pakai gusi),kalau abah ajak die main depan cermin..
perkembangan fizikal..heheh..berat die cume 6kg je ye..kecik ke?tapi dah cukup buat kami berdua tak larat nak angkat selalu..tu la hikmahnya die kecil..sebab ummi abahnye pun kecil..rambut plak,adela sesikit..tapi blum dapat nak buat tocang lg..hihih.pulak tu rambut die tak hitam sangat,perang2 sikit..tu yang tak nampak tebal..
okla..setakat ni je coretan ummi (yang takut terlupe)..
wah..rindunye budak mutuk nih!!tak sabar nak mbik die nanti..



serius sangat muke tu!!


Monday 17 August 2009

komitmen

saya perasan sejak akhir-akhir ni sangat jarang update blog..haih..banyak komitmen lain di dunia realiti berbanding dunia blogging. jadi nak update ikut kejadian2 pun susah..bukan ape,macam aktiviti kami bersama lil'princess pun lps 2-3 minggu br nak update..macam dah basi.so saya kene fikir orientasi lain untuk blog ni,mungkin dia penuh maklumat hihi..jadi sile jgn boring.saya pastikan blog ini jadi tempat untuk kite berkongsi pandangan dan pengalaman..

salam and cheers!!

Thursday 13 August 2009

Si kidal



When browsing through 1st blog in my blog list today,my eyes captured something on "lefthanders"..Trus klik blog QM and later know that today is World Lefthanders Day..sungguh bangga!!

Tak sangka..rupa-rupanya bulan Ogos ni selain dari Hari Kebangsaan rupenye meraikan hari untuk si kidal seluruh dunia.

Masa kecik dulu bile orang cakap kidal,macam 1 kesalahan pulak..and rasa macam malu bile orang tegur "eii..ko gune tangan cebok eh"..
tapi as time goes by, malas nak fikir cakap orang.My mama also lefthanders (LH),so takde masalah langsung..arwah papa pulak boleh guna kedua-dua belah tangan,tapi sebab arwah nenek marah jadi die terpaksa pakai tangan kanan..So genetik tangan kiri tu memang sangat dekat dengan saya..

Perkara penting dalam dunia kidal adalah "penyesuaïan"..for the righthanders (RH),we are aliens,..so nak taknak kita sebagai golongan minoriti terpaksa menyesuaikan diri dengan segala macam perkara dalam dunia ni yang lebih banyak dicipta untuk orang RH..say it..gunting,peeler,ruler,guitar,pencil,mugs..sume untuk orang RH..sedih jugak tau bile fikir kenapa dari kecik sampai besar saya takleh buat garisan lurus..rupenye harini baru tau ade ruler yang sesuai untuk LH..(padahal ade je kot orang LH boleh buat garisan lurus). Masa saya baru kawin,mak mertua yang hari-hari akan buat karipap kesian tengok saya kopek kentang pakai pisau..sedangkan die laju je pakai peeler..Yela,orang LH camane nak pakai peeler yang biase,sebab RH akan kopek kulit ke bawah,sedangkan kitorang ke atas..Tapi,mak mertua puji jugak sebab saya kelim karipap cantik (hihih..sile jgn muntah)..orang LH kelim karipap dari bawah ke atas tau..

Owh ye,zaman sekolah dulu saya join sofbol..dan kalau takde duit sendiri ko pakaila glove tu kt tangan kanan kan..takkan sekolah nak belikan pulak.So saya sangat kuat membaling bola,tapi tak terer menangkap bola..Time nak pukul bola mesti pakai tangan kiri..hehe..special sikit..

Banyakla perkara yang melibatkan persoalan LH dan RH ni dalam hidup saya..tapi sikit pun tak penah menyesal,dan dalam kebanyakan masa saya rasa sangat beruntung kerana saya bersusah payah untuk hidup dalam dunia yang sukar untuk kami. Satu lagi keistimewaan orang LH ni,kate arwah papa,dia akan berfikir dengan otak kanan..sebab tu banyak menerawang,berkhayal dan kreatif..hihi.Saya juga banyak memikirkan sesuatu perkara secara positif dan cuba untuk berusahaha lebih dari orang lain. Cara berfikir saya juga perlu lebih kehadapan berbanding orang yang sama dengan saya..saya perlu,supaya saya tak tertinggal.Dari segi fizikal,memang tak dinafikan kalau tak terpaksa memang makan pakai sudu mesti tangan kiri..Saya juga kesal sebab terpaksa suap lil'princess makan (dengan sudu) menggunakan LH..tapi mama kate takpela..nak buat camane,kekok habis kalau pakai tangan kanan..lagi2 bile nak melecek2 sayur or ikan..

Tahukah anda yang Bill Clinton, Napolean Bonaparte, Saddam Hussin, Hitler dan beberapa lagi orang yang penting dalam sejarah ketamadunan manusia adalah LH? Saya juga di dalam kalangan itu dan saya rasa saya juga boleh mencipta sejarah =) ..kalau bukan untuk negara..biarla untuk diri sendiri..

Happy Lefthanders day untuk semua!!

p/s: jangan paksa anak guna RH jika die selesa LH..terima suratan itu dengan positif ye ibu2..cuma perkara utama dalam amalan kita,makan dengan RH,ambil wuduk mulakan dengan RH tu sume mesti diingatkan..takde masalah..

Saturday 8 August 2009

Episod terakhir...



puff..puff..berabuk!!
ye..busy sangat dan blog tidak dapat menjadi agenda utama..huh..
beria lepas episod 1 nak sambung episod 2..tp tak sempat2.sampai abah cakap
"awak bile nak update blog?kalau awak tak update blog abang taktau perkembangan awak tau"..
cet!!hahaha

last week,for the whole working days I've attended course on software development..erkk...memang Tuhan tak jadikan saya kerja dalam bidang tu..hancus..kepeningan je dalam kelas.tapi as it is requirement for us before the Balanced Scorecard system take place,administrator yang bute IT ni harusla attend course tu..By the way we have fun though (because we have instructor from oversea and don't understand Malay language..so...what do you expect?ngumpat depan2la..hihihhi)..jahat!

ermm...kene buat entry cepat2 on lil'princess in her 7th month..anak ummi ni dah macam2 plak..boleh merangkak 1-2 step,dah boleh duduk sendiri..makin bijak and sangat cheeky..tapi........masih kurang dari segi senyuman..hihih..

okla..takyah buat episod 2,just share with uols few of our piccas lagi during our 1st holiday to Melaka..really hope can bring our lil'princes for another holiday by end of this year..insyAllah..
owh ye, I would like to suggest sape-sape yang teringin nak pegi Melaka (for a meaningful vacation),please2...naik river cruise,naik menara Taming Sari,and open mind to know our nation history..memang best!! dan untuk episod jalan2 kami ni,memang sengaja taknak singgah di mana2 shopping mall sekalipun walau geram tengok bersusun shopping mall best2 kt bandar Melaka tu..hehe..



anak beranak tengok fountain berirama..best sangat!!!very worth 9km journey


ikan siakap 3rasa+bakar+sotong goreng tepung+nasi lemak 4 bungkus+kailan ikan masin for only rm42..yang penting ia sangat fresh dan sedap!!!..

fenatssss!